• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kakak Dan Suami Didakwa Bunuh Adik Kandung

oleh Ahmad Albab
08/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Seorang kakak dan suaminya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh adik perempuannya di rumah pasangan itu di sini.

Tertuduh, Fathin Nur Athirah Sabarudin, 21, dan suami, Muhammad Hafiz I.D. Osmera, 21, dituduh secara bersama membunuh Nadzirah Nur Safiah berumur dua tahun tujuh bulan.

Kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan tersebut antara 30 Julai 2016 hingga 29 Ogos 2016 di rumah No 5, Lot 1560, Jalan Tenggiri, Kampung Baru Tebing Tembah, Paka, Dungun.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Tiada pengakuan direkodkan oleh kedua-dua tertuduh dan Majistret Hazwanie Husain Bustari menetapkan 9 Okt depan sebutan semula kes.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Hafizul Faris Che Razlan manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mona Shazwani Kamarul Zaman.

Pada 29 Ogos lepas, Nadzirah meninggal dunia di Klinik Kesihatan Paka pada 3.45 petang selepas dibawa oleh kakaknya, Fathin Nur Athirah untuk mendapatkan rawatan.

Petugas di klinik tersebut kemudian membuat laporan polis selepas mendapati mangsa mempunyai kesan parut di seluruh badan dan luka baharu. – BERNAMA

Tags: kes bunuhSuami Isteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd