• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rosyam Mula Misi 47.2km Promosi World #QuranHour

oleh Ahmad Albab
09/09/2016
dalam Artis, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Selebriti tempatan, Datuk Rosyam Nor memulakan misi berjalan kaki sejauh 47.2 kilometer bagi mempromosi program World #QuranHour yang bakal berlangsung pada Ahad ini.

Ikon Rumah Ngaji itu bergerak dari Kompleks Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15 di sini pada pukul 6.30 pagi tadi diiringi beberapa anggota pertubuhan bukan kerajaan.

Dalam perjalanan berkenaan, beliau akan berhenti di beberapa lokasi antaranya di Plaza Tol Batu Tiga, Shah Alam dan Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Perjalanan tersebut bakal berakhir di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Gombak kira-kira 4 petang nanti.

Rosyam berkata beliau bersyukur rancangan beliau untuk berjalan kaki itu mendapat sokongan pelbagai pihak antaranya Polis Diraja Malaysia dan Yayasan Ummah Ikhlas.

“Saya juga ingin mengajak umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia untuk meluangkan masa selama sejam pada 9 pagi (Ahad) untuk bersama-sama membaca dan menghayati isi kandungan al-Quran,” katanya kepada pemberita sebelum memulakan perjalanan.

Beliau turut berharap amalan membaca al-Quran dijadikan aktiviti harian dan tidak hanya dilakukan pada hari-hari tertentu sahaja.

Kira-kira 6,000 pengunjung dijangka berkumpul di Masjid Sultan Ahmad Shah, UIAM sempena program World #QuranHour, bacaan al-Quran serentak di seluruh dunia selama sejam mulai 9 pagi, Ahad ini.

Program ini merupakan kesinambungan inisiatif sejak 2013 menerusi Program #AktifkanRumahNgaji yang kini memiliki 1,000 pusat di seluruh negara yang menawarkan pengajian al-Quran percuma manakala program #MalaysiaNgaji diadakan pada 24 Ramadan (29 Jun) lalu.

Tarikh 11 September dipilih bagi program World #QuranHour kerana ia bertepatan dengan tarikh 9 Zulhijah dalam kalendar Islam, ketika jemaah haji melakukan wukuf di Arafah. – BERNAMA

Tags: Rosyam NorWorld #QuranHour
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buru Wanita Curi Gelang Emas Bernilai RM41,000

Rosyam Nor Mohon Maaf

09/01/2024
1

Kuala Lumpur: Datuk Rosyam Nor, 57, yang mencetuskan kontroversi berikutan kenyataannya yang berpendapat pusat pelacuran perlu ada di negara ini...

Rosyam Nafi Jadi Barua Cina Isu Saham Pasar Raya

05/01/2019
0

TAMPIL... Pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Rosyam Nor menegaskan beliau adalah pemilik bersama perniagaan pasar raya ST Rosyam Mart yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd