• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tourism Lancar Aplikasi Tourism eBrochures App

oleh AK-47
07/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Bagi memudahkan pelancong mendapat akses penuh kepada risalah pakej pelancongan di negeri ini, Tourism Malaysia Terengganu melancarkan aplikasi Tourism Malaysia eBrochures App dan Beautiful Terengganu Dekat Je Holiday Packages 2017.

Pengarahnya Zaliha Zainuddin berkata aplikasi itu dilancarkan pada pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) pada 3 September lalu.

“Pelancong boleh merancang percutian dengan berpandukan kepada tujuh segmen yang terdapat dalam aplikasi tersebut yang dilengkapi dengan peta, destinasi, panduan umum, panduan serantau acara dan minat khas,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Zaliha berkata aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma dari Apple Store dan Google Play dan untuk platform Android ia boleh diakses dari Android versi 4.0 dan untuk platform iOS ia boleh diakses dari iOS versi 7 dan ke atas.

Pengguna hanya perlu pergi ‘appstores’ dan menaip perkataan ‘brochures’ atau ‘Tourism Malaysia’ untuk memuat naik aplikasi itu, katanya.

Sementara itu, Zaliha berkata sebanyak 16 pakej pelancongan ditawarkan menerusi Beautiful Terengganu Dekat Je Holiday Packages 2017 merangkumi pelbagai skop seperti ekopelancongan, lawatan sekitar bandar raya, pakej Islamik, pulau-pulau, edupelancongan, pakej berbulan madu dan pelancongan minat khas di pelbagai destinasi menarik di Terengganu.

“Setiap pakej menawarkan aktiviti berlainan bagi memenuhi permintaan dan minat para pelancong tempatan dan antarabangsa. Antaranya pakej Aqua Islamic Vacation Package, yang menawarkan pakej tiga hari dua malam dengan harga RM329 seorang dengan minimum empat orang.

“Ia termasuk harga untuk penginapan, tiket masuk ke muzium dan bangunan bersejarah dan pakej ekokembara daripada Cemerung Outdoor Adventure yang menawarkan pelbagai aktiviti seperti berkayak, water rafting, mendaki gunung dan pelbagai aktiviti lasak yang lain,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

Tags: androidaplikasiapplegoogle
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Indonesia Larang Apple Jual iPhone 16

Indonesia Larang Apple Jual iPhone 16

28/10/2024
0

JAKARTA: Indonesia melarang Apple Inc daripada menjual peranti iPhone 16 terbarunya di negara terbesar di Asia Tenggara itu, dengan alasan...

Pelaburan Google RM9.4 Bilion Bukti Perencanaan Kerajaan Jelas, Jadi Tarikan Pelabur – PM

Pelaburan Google RM9.4 Bilion Bukti Perencanaan Kerajaan Jelas, Jadi Tarikan Pelabur – PM

30/05/2024
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaburan Google berjumlah AS$2 bilion (RM9.4 bilion) menjadi bukti kepada perencanaan kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd