• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Russia Iktiraf Pilihan Raya Di Timur Ukraine, EU Tolak

oleh Ahmad Albab
03/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW – Russia mengiktiraf keputusan pilihan raya pemberontak yang menimbulkan kontroversi di timur Ukraine namun Kesatuan Eropah (EU) menganggapnya tidak sah dan menjadi halangan baharu kepada penyelesaian konflik di rantau berkenaan.

Russia sebaliknya menganggapnya sebagai perkembangan yang akan membantu mewujudkan semula ‘kehidupan normal’ di rantau itu.

“Kami menghormati kehendak penduduk di tenggara (Ukraine). Mereka yang dipilih memperoleh mandat untuk menyelesaikan isu bagi mewujudkan semula kehidupan normal di rantau berkenaan,” kata Kementerian Luar Russia dalam satu kenyataan hari ini.

Di BRUSSELS, Kesatuan Eropah menyatakan pilihan raya yang diadakan semalam oleh pemberontak pro-Russia di timur Ukraine adalah tidak sah, justeru tidak akan diiktiraf kerana akan mewujudkan halangan baharu kepada resolusi konflik di kawasan berkenaan.

“Saya anggap pilihan raya hari ini sebagai halangan baharu dalam usaha mencari perdamaian di Ukraine,” kata Ketua Hal Ehwal Luar EU, Federica Mogherini dalam satu kenyataan.

Mogherini berkata, pilihan raya itu bercanggah dengan semangat gencatan senjata seperti terkandung dalam perjanjian damai Kiev yang ditandatangani dengan pemberontak September lalu serta disokong oleh masyarakat antarabangsa dan Russia.

Protokol Minsk itu menetapkan bahawa pilihan raya di kawasan dikuasai pemberontak itu akan diadakan mengikut peruntukan undang-undang Ukraine pada Disember depan.

Namun pihak pemberontak menolak cadangan ini dan menganjurkan pilihan raya mereka sendiri selepas Ukraine mengadakan pilihan raya pada 26 Oktober lalu, yang dihalang oleh pemberontak berkenaan daripada diadakan di kawasan mereka.

Mogherini berkata, pilihan raya yang ditetapkan di bawah perjanjian Minsk adalah sah bagi memilih pihak berkuasa tempatan di bahagian berkenaan di Ukraine.

“Saya menggesa semua pihak supaya bekerja bagi memastikan pilihan raya itu berjalan lancar,” katanya. – AFP

Tags: RusiaUkraine
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd