• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak Alami Kecederaan Otak Sebab Main Gadjet Lama Sangat?

oleh AK-47
03/11/2014
dalam Gajet
0
Share on FacebookShare on Twitter

Benarkah kecederaan otak boleh berlaku akibat terlalu terdedah kepada gajet dan internet?

Gambar di atas yang kini tersebar di whatsapp, dikatakan merujuk pada seorang kanak-kanak yang mengalami kecederaan otak kerana terlalu banyak bermain i-pad.

Berikut penjelasan yang diberikan pada gambar yang kini kian viral:

Dapat whatsapp dari seorang rakan sebentar tadi. Anak dia pengsan secara tiba-tiba di sekolah dan terus dibawa ke hospital. Bila siasat, budak ini mengalami brain damage akibat terlampau bermain dengan ipad. Gelombang-gelombang elektromagnetik pada ipad telah memberi kesan kepada si mangsa. Awasi anak anda sebelum terlambat! – Sebarkan.

P/s : Boleh main ipad, tetapi berpada-pada.

Sejauh mana kebenaran gambar ini sukar untuk diperjelaskan kerana ia tidak mempunyai maklumat siapa kanak-kanak itu, di mana ia berlaku, bila dan berapa kerap dia menggunakan gajet tersebut.

Apa pun, masalah pada deria manusia termasuk otak disahkan pakar memang boleh berlaku jika terlalu banyak menggunakan gajet tertentu.

Antara masalah pada deria tersebut adalah:

Mata

Bila terlalu fokus kepada skrin gajet tablet, telefon atau komputer riba; kita kurang mengelip mata. Adakala jumlah kerlipan berkurangan sehingga satu pertiga daripada normal. Perlakuan ini membawa kepada masalah sindrom mata kering seterusnya mampu mewujudkan pelbagai masalah mata. Pakar laser mata di United Kingdom melaporkan, mereka menerima banyak kes rabun di kalangan orang muda (yang biasanya melibatkan mereka yang sudah berumur) dipercayai akibat penggunaan telefon bimbit yang terlalu kerap ke arah muka.

Sakit Kepala

Sakit ini banyak dilaporkan berlaku di kalangan pengguna komputer dan tablet. Ini mungkin disebabkan postur yang salah, font terlalu kecil atau skrin yang mungkin sama ada terlalu terang atau terlalu gelap.

Masalah Tidur

Lampu tablet atau gajet lain yang ditutup dan dibuka berkali-kali boleh mengelirukan jam biologi anda. Jika digunakan sebelum tidur, otak akan keliru dan tidak dapat tidur. Akibatnya, anda akan mengalami perubahan mood yang mendadak dan kesukaran untuk fokus.

Gaya Hidup Tidak Sihat

Terlalu lama menggunakan gajet membawa kepada tabiat tidak bersenam. Ini membawa kepada kemungkinan serangan penyakit jantung atau kencing manis.

Sakit Belakang Dan Leher

Menggunakan gajet untuk tempoh lama mampu merosakkan postur dan menjadikan anda bongkok.

Lemah Pendengaran

Mendengar muzik dengan kuat terutama menggunakan earphones boleh menyumbang kepada kehilangan deria bunyi.

*Jadi kepada ibu bapa yang ambil mudah dengan serahkan gajet kepada anak-anak yang masih kecil, mungkin boleh pertimbangkan kembali tindakan ini.

Tags: Gaya Hidup
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Bebas Untuk Tidak Terima Pengaruh Barat

18/06/2019
0

LONDON - Negara-negara Barat seringkali dilihat memaksa negara-negara lain-menerima apa yang dilakukan mereka, umpamanya berkenaan dengan idelogi komunisme, kapitalisme, sosialisme...

BN Terus Utamakan Gaya Hidup Sihat Rakyat Malaysia

08/04/2018
0

KUALA LUMPUR – Kesihatan serta gaya hidup sihat menjadi elemen utama yang dititikberatkan oleh Barisan Nasional (BN) dalam menjaga kesejahteraan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd