• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ops Ponteng Tahan 19 Pelajar Sekolah Di Kampar

oleh Ahmad Albab
07/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAMPAR – Seramai 19 pelajar lelaki daripada beberapa sekolah menengah sekitar daerah Kampar ditahan dalam Ops Ponteng yang dilaksanakan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan di sini hari ini.

Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Selatan Mat Jaafar Mat Zain berkata pelajar berkenaan ditahan di beberapa premis kafe siber sekitar kawasan Malim Nawar, Gopeng dan Kampar dalam operasi yang bermula pada 11 pagi tadi.

Katanya operasi yang bertujuan membantu sekolah meningkatkan prestasi kehadiran turut disertai anggota polis, pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan serta Majlis Daerah Kampar.

“Kesemua pelajar berusia antara 13 hingga 16 tahun itu akan diberi kaunseling dan tindakan akan diambil oleh pihak sekolah masing-masing.

Sebilangan pelajar sempat melarikan diri dan bersembunyi sebaik menyedari kehadiran anggota penguatkuasa,” katanya.

Menurut Mat Jaafar kehadiran pelajar di daerah itu berkurang sejak kebelakangan ini iaitu di bawah 90 peratus dan ia tidak mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama yang ditetapkan Kementerian Pendidikan.

Katanya gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar perlu dilihat secara serius dan ia memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk ibu bapa untuk ditangani dengan berkesan.

“Kita tidak mahu masalah disiplin pelajar yang gemar ponteng sekolah serta ada yang melakukan aktiviti tidak sihat seperti terlibat dalam penyalahgunaan dadah berterusan.

“Antara alasan yang diberikan pelajar yang ditahan ialah mengikut rakan sekolah untuk mempelajari komputer dan ada yang mendakwa diberi kebenaran oleh ibu bapa untuk tidak hadir ke sekolah,” katanya. – BERNAMA

Tags: pelajarponteng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd