• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Hadapi Tuduhan Bunuh 3 Sekeluarga

oleh Ahmad Albab
07/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan membunuh tiga sekeluarga, bulan lepas.

Luqman Hadi Mustapa, 27, mengaku faham pertuduhan tersebut apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norina Maludin, tetapi tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Luqman Hadi didakwa membunuh Hassan A. Wahab, 70; Mariah Baharim, 60 dan Muhammad Taufeq Hassan, 21 di rumah No 460-1, Jalan Sidang Said, KM7.2 Bertam Malim di sini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara 5.50 pagi hingga 6.15 pagi, 25 Ogos lepas dan pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati sekiranya sabit kesalahan.

Dalam mahkamah sama, tertuduh juga menghadapi pertuduhan masing-masing dengan niat menetak Noor Haslinda Diyana Hassan, 25 dan Nur Aqedah Aeina Hassan, 24 dengan parang panjang yang boleh menyebabkan kematian di alamat, masa dan tarikh yang sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu Luqman Hadi didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara selama 20 tahun.

Norina kemudian menetapkan 7 Okt depan bagi sebutan semula kes untuk laporan kimia dan bedah siasat.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lee Chee Thim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: kes bunuhPenganggur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd