• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Syor Kerajaan Pinda Dasar Dadah Negara – KPN

oleh Ahmad Albab
07/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesyorkan kepada kerajaan agar dasar dadah negara dipinda dengan turut memberi penekanan kepada pengedar dadah secara kecil-kecilan dalam usaha memerangi dadah secara holistik.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata perkara itu telah dibentangkan di peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan ia sedang diteliti kerana pindaan itu akan melibatkan kos infrastruktur kerana perlukan pertambahan pusat tahanan.

“Jadi bila kita masukkan ini dalam strategi kita, kita perlu wujudkan pusat-pusat tahanan, kita juga mungkin perlu minta mahkamah bicarakan kes dengan segera supaya kes dapat segera diselesaikan sekaligus kegiatan golongan pengedar ini dapat dibendung,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Syarahan Umum CEO Faculty Programme 2016 mengenai ‘Menerajui Advokasi Ke arah Keselamatan Negara Yang Dilestarikan Dalam Era Teknologi Dunia Tanpa Sempadan’, di sini hari ini.

Khalid berkata kes melibatkan pengedaran dadah di peringkat bawahan biasanya tidak diambil tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 dan apabila disabitkan mereka hanya menjalani hukuman bagi tempoh sekejap dan apabila bebas kembali jalankan kegiatan itu.

“Jadi saya rasa ada keperluan untuk golongan ini ditahan untuk satu tempoh yang lebih lama untuk menyekat kegiatan pengedaran dadah daripada terus berleluasa,” katanya.

Selain itu, Khalid berkata dalam jadual satu hingga tiga di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 boleh dikatakan agak terkebelakang berikutan pakar-pakar yang memproses dadah pada hari ini semakin licik untuk menghasilkan dadah di luar takrifan jadual untuk mengelakkan mereka daripada dikenakan tindakan.

“Saya rasa ini biasa (dihadapi) oleh mana-mana negara sekalipun, mereka yang mencipta dadah ini akan mencipta sesuatu dadah yang boleh mengelakkan mereka daripada dikenakan tindakan undang-undang… dapat lari daripada takrif dadah berbahaya seperti yang telah digariskan dalam Akta Dadah Berbahaya,” katanya.

Mengenai peningkatan statistik penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah, Khalid berkata terdapat keperluan agar perkara berkaitan dadah dijadikan sebagai mata pelajaran di peringkat sekolah rendah.

“Saya pernah cadangkan dahulu agar dadah ni dijadikan sebagai satu mata pelajaran di sekolah rendah… sekarang ia hanya diterapkan di dalam subjek kokurikulum… begitu juga dengan pendidikan trafik (patut dijadikan mata pelajaran),” katanya.

Terdahulu ketika menjawab soalan daripada seorang peserta program mengenai peningkatan statistik penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah, Khalid berkata dasar pemulihan penagih dadah juga perlu dilihat semula kerana ia dilihat seakan tiada kesan.

“Kita juga akan bawa perkara ini kepada kerajaan agar dapat dilihat semula,” katanya.

Statistik Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman merekodkan 125 pelajar sekolah yang ditangkap kerana positif dadah dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Berdasarkan statistik, dari Januari hingga Julai tahun ini sebanyak 117,434 orang telah ditangkap atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah dan ia menunjukkan peningkatan sebanyak 11 peratus berbanding tahun lepas sebanyak 105,000 orang ditahan. – BERNAMA

Tags: dadahkhalid abu bakarPDRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Inspektor Polis, Isteri Maut Nahas Dua Kereta Di Jalan Kuantan-Segamat

Inspektor Polis, Isteri Maut Nahas Dua Kereta Di Jalan Kuantan-Segamat

27/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PEKAN – Seorang pegawai polis berpangkat inspektor bersama isterinya maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer...

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd