• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hartawan Media Bangladesh Dihukum Gantung

oleh Ahmad Albab
02/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DHAKA – Seorang hartawan media yang juga tokoh utama sebuah parti politik Bangladesh dijatuhi hukuman gantung sampai mati hari ini selepas didapati bersalah melakukan jenayah perang, hanya beberapa hari selepas pemimpinnya digantung atas kesalahan sama.

Tribunal Jenayah Bangladesh mendapati, ahli perniagaan, Mir Quasem Ali yang juga pegawai dari parti Jamaat-e-Islami, bersalah atas 10 dakwaan termasuk membunuh dan culik semasa menuntut kemerdekaan daripada Pakistan pada 1971.

Ali, 63, berdiri dan membantah dengan keras ketika Ketua Hakim mengumumkan hukuman itu di mahkamah.

“Ia satu penghakiman yang didorong,” kata beliau sambil mendakwa keputusan gantung itu diputuskan atas perintah kerajaan.

Ali yang memiliki sebuah stesen televisyen dan akhbar, didapati bersalah kerana melakukan penyeksaan serta pembunuhan termasuk ke atas seorang pejuang muda kemerdekaan.

“Negara dan rakyat yang terjejas akhirnya memperoleh keadilan. Mir Quasem Ali telah dijatuhi hukuman mati kerana membunuh seorang pejuang kebebasan remaja, Jashim,” kata pendakwaraya, Ziad Al Malum kepada pemberita.

“Anak muda diculik dan mayatnya dibuang di sungai Karnaphuli,” kata Al Malumi.

Rabu lalu, hukuman sama dijatuhkan ke atas pemimpin tertinggi parti itu, Mukhlesur Rahman Nizami kerana mengetuai militan pro-Pakistan pada tahun 1971, memaksa protes tercetus dalam kalangan penyokongnya.

Parti Jamaat telah mengerah mogok di seluruh negara berikutan keputusan terhadap Nizami itu, memaksa banyak sekolah dan premis perniagaan ditutup serta lalu lintas sesak.

Parti berkenaan juga sudah mengumumkan rancangan untuk melakukan serangan baru pada Khamis sebagai protes terhadap hukuman mati Ali. – AFP

Tags: Bangladeshhukum gantung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak semua persatuan penjaja dan peniaga boleh diharapkan dalam usaha...

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

20/05/2026
0

INI bukan cerita rekaan. Ini kisah benar yang menunjukkan betapa mudahnya bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu jika ada keperluan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd