• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Gelojoh’ Jalankan Tugas, Anggota Polis Ditahan Reman

oleh AK-47
07/09/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKIBAT bertindak tanpa usul periksa, seorang anggota polis berdepan dengan tindakan tatatertib apabila menahan seorang guru yang disangka penagih dadah di Lenggong, Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata, anggota dari Balai Polis Lenggong, Gerik itu ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

“Siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk ke Pengarah Pendakwaan Negeri Perak untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan semalam.

Anggota polis berpangkat konstabel yang berusia 32 tahun itu ditahan reman enam hari bermula hari ini. Mangsa insiden tersebut dikenali sebagai Sheikh Ashrof.

Baca: Polis Tahan Guru Yang Disangka Penagih Dadah

Dalam kejadian 30 Ogos lalu pada 7.15 malam, guru dari Sekolah Kebangsaan Bukit Sapi, Lenggong dalam perjalanan pulang selepas selesai kelas tambahan untuk murid calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Difahamkan, guru yang juga bekas wartawan sebuah akhbar tempatan itu cuba melarikan diri selepas dihampiri dua lelaki yang memakai topi keledar kerana menyangka meraka adalah orang jahat.

Video kejadian tersebut tersebar di media sosial memaparkan kekasaran dua anggota polis yang dikatakan dari cawangan narkotik itu memberkas guru berkenaan dengan memulas tangannya sebelum digari hingga menyebabkan tangan kirinya patah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: GuruNarkotikUPSR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

09/04/2026
0

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd