• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Jangan Jadikan Agama Mainan Politik

oleh AK-47
07/09/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) tidak akan menyokong usaha PAS untuk memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah selagi PAS tidak memberi penjelasan yang terperinci mengenainya.

Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad berkata, PAN mahukan jawapan yang jelas daripada PAS, bukan jawapan yang retorik Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, jika Abdul Hadi tidak mampu memberikan penjelasan yang kukuh, Presiden PAS itu akan dilihat melakukan perbuatan keji dengan menjadikan agama sebagai mainan politik.

“Walaupun Usul Persendirian yang dibawa Abdul Hadi dinyatakan mempunyai tujuan “memperkasakan mahkamah syariah, namun isi kandungan usul tersebut perlu diperhalusi dari semua aspek sebelum ia mendapat sokongan PAN.

“Tiada yang lebih keji dari menjadikan agama bahan mainan politik,” tegasnya dalam satu sidang media hari ini.

PAN ditubuhkan oleh beberapa bekas pemimpin PAS bagi menyertai Pakatan Harapan selepas PAS disingkirkan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada gabungan parti pembangkang.

Khalid mendakwa, usul persendirian yang dibawa oleh Presiden PAS untuk meminda Akta Mahkamah Syariah 1965 (Akta 355) didapati mengelirukan berdasarkan forum dan perbincangan meja bulat yang diadakan oleh PAN berhubung perkara tersebut. -MYNEWSHUB.CC

Tags: PANPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd