• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dendam Dengan Kecurangan Suami, Bunuh Anak Luar Nikah

oleh Ahmad Albab
06/09/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang wanita yang marah dengan kecurangan suaminya, telah menculik anak luar nikah lelaki itu sebelum membunuh budak berkenaan dan membuang mayatnya ke dalam hutan.

Kejadian mengejutkan itu berlaku di Rusia apabila kanak-kanak berusia dua tahun itu, Yana Leonenko ditinggalkan hanya beberapa minit oleh ibu saudaranya di dalam kereta sorong di satu kawasan.

Ibu saudaranya kemudian hanya menyaksikan dari jauh bagaimana wanita yang dikenali sebagai G.Sharaliyeva, melarikan kanak-kanak terbabit.

“Saya menjerit meminta tolong dan mengejar wanita itu namun saya terjatuh,’’ katanya sambil memberitahu tiada siapa yang membantunya ketika sedang mengejar suspek.

Menurut polis, kanak-kanak berkenaan dilarikan ke dalam hutan dan Sharaliyeva yang merupakan seorang muslim serta memakai hijab, memilih untuk membuka hijabnya pada hari kejadian.

Dia kemudiannya menghilangkan diri dengan menaiki teksi.

“Siasatan mendapati orang yang menculik dan membunuh kanak-kanak itu adalah isteri kepada bapa kandung kanak-kanak malang tersebut,’’ kata polis.

Menurut laporan, suami Sharaliyeva iaitu Sakhyd Sharaliyev mempunyai hubungan dengan seorang pelayan café hingga menyebabkan pelayan itu mengandung dan melahirkan anak. Hubungan terbabit berlarutan selama tiga tahun.

“Lelaki itu tidak mahu meninggalkan isteri dan dua anak-anaknya tetapi berjanji untuk menyara anak luar nikah tersebut. Namun ia juga menyebabkan Sharaliyeva berdendam dengan suaminya kerana curang.

“Sharaliyeva datang dari Azerbaijan kira-kira empat tahun lalu dan ketika itu dia tidak tahu suaminya mempunyai perempuan simpanan hinggalah suaminya mengaku mempunyai anak,’’ kata laporan terbabit.

Sharaliyeva telah ditahan polis.

Tags: kes bunuhSuami Isteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd