• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Tak Puas Hati Kena Potong, Terus Kasi Penumbuk

oleh AK-47
05/09/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Hanya kerana tidak berpuas hati kenderaannya dipintas secara semberono, seorang lelaki bertindak agresif dengan menumbuk seorang pemandu sebaik berjaya menghimpit kereta mangsa.

Dalam kejadian pada petang Ahad di Bachang, lelaki berkenaan yang menggunakan kenderaan jenis Proton Gen-2 dikatakan mengekori mangsa yang memandu bersama isterinya.

Menerusi perkongsian daripada Nor Farahain Minhat, dia memuat naik gambar dan klip video lelaki berkenaan yang masih enggan berundur biarpun sudah dihalang oleh seorang wanita yang dipercayai isteri kepadanya.

“Kami nak memotong, kemudian dia menghimpit kereta kami. Dia marah sebab kami memotong dia lalu dia mengekori kami dari Cheng sehingga ke Bachang sebelum dihimpit.

“Dia suruh kami keluar dari kereta. Sebaik saja suami saya keluar, lelaki itu terus menumbuk muka suami saya.

“Salah ke kami memotong? Apa hak dia nak pukul orang? Samseng betul. Bila saya cakap saya rakam video kejadian itu, dia masih lagi mahu menerkam kami,” kata Nor Farahain.

Difahamkan, mangsa telah membuat laporan polis dan turut dipaparkan surat daripada pihak hospital yang mengesahkan cerita ditumbuk itu adalah benar dan bukannya rekaan.

surat

“Maaf, ini adik saya dan yang ditumbuk adalah adik ipar saya. Video tiada menunjukkan adik ipar ditumbuk dan tak sempat rekod sebab keadaan berlaku sangat-sangat pantas. Pakcik ini naik angin setelah nampak adik saya rekod apa yang dia buat. Dia siap mengugut mahu merampas telefonnya. Saya tak cakap yang adik saya betul, laporan polis juga telah dibuat. Kes sedang berjalan.

“Pakcik ini memandu sambil masuk ke lorong kanan. Setelah diberi isyarat untuk ke kanan, kereta ini tak mahu beri laluan. Kemudian, adik ipar mengambil peluang untuk memotong dari kiri. Bila potong menggunakan lorong kiri (di sini memang kesalahan adik), pakcik ini cuba menghimpit ke kiri juga. Tetapi adik ipar sempat memotong dan meneruskan perjalanan seperti biasa.

“Pakcik ini kemudian mengekori mereka dari Cheng hingga ke Kampung 8. Adik mula perasan bila di Kampung 8, pakcik itu beri signal dan block laluan. Adik kata, mungkin salah mereka dan mahu turun untuk meminta maaf. Tetapi pakcik itu terus menumbuk adik ipar dan maki hamun mereka.

“Persoalannya, perlu ke? Tengok kereta dan keadaan dalam kereta tak ada apa-apa pun. Apa-apa pun, adik dan adik ipar masih ada rasa hormat pada pakcik itu walaupun pakcik itu berulang kali mahu menerkam adik saya. Adik ipar langsung tak balas sebab kami masih tahu hormat orang yang lebih tua dan ada undang-undang.

“Dalam video yang dimuat naik ini adalah situasi di mana pakcik itu menyedari adik saya merakam video dan dia mengugut mahu merampas telefon adik saya,” kata Marliana Minhat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Gaduhsamseng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Influencer Lelaki Didakwa Diserang Pekerja Kedai Tomyam

Influencer Lelaki Didakwa Diserang Pekerja Kedai Tomyam

24/12/2025
0

Influencer Lelaki Didakwa Diserang Pekerja Kedai Tomyam, Insiden Di Taiping Cetus Kontroversi TAIPING – Seorang influencer lelaki mendakwa menjadi mangsa...

Kerana Manisan Habis – Keluarga Pengantin Lelaki Dan Perempuan Gaduh Besar

Kerana Manisan Habis – Keluarga Pengantin Lelaki Dan Perempuan Gaduh Besar

13/12/2025
0

Majlis Kahwin Di India Bertukar Huru-Hara, Pengantin Perempuan Batalkan Perkahwinan   INDIA – Sebuah majlis perkahwinan di India bertukar kecoh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd