• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPWKM Sambut Baik Cadangan Waktu Kerja Awam 6 Jam

oleh Ahmad Albab
04/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyambut baik cadangan MTUC agar kerajaan memendekkan waktu bekerja kakitangan awam daripada lapan kepada enam jam sehari.

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata cadangan berkenaan dilihat dapat memberi keseimbangan kepada penjawat awam untuk melaksanakan tugas mereka sebaiknya dan memberi fokus kepada keluarga.

“Saya mengalu-alukan cadangan daripada MTUC ini dan berterima kasih kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa yang akan melihat dan meneliti perkara berkenaan secara teliti.

“Kita di kementerian (KPWKM) juga telah dua tahun melaksanakan waktu kerja anjal yang terbahagi pada tiga pilihan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Komuniti Persatuan Wanita 1Malaysia (Perwani) di Kolej Universiti Islam Melaka di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan yang juga Anggota Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Datuk Yatimah Sarjiman dan Anggota Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Melaka Datuk Latipah Omar.

Dalam perkembangan lain, Rohani menyeru semua anggota Perwani agar memainkan peranan lebih proaktif terutama dalam menyebarluaskan maklumat berkaitan virus Zika di negara ini.

“Memandang Perwani merupakan akar umbi KPWKM, jadi kita berharap mereka dapat meningkatkan kesedaran tentang virus Zika… dan apa yang perlu dilakukan untuk mengekang pembiakan nyamuk Aedes.

Sehingga kini, Perwani mempunyai seramai 169,106 ahli yang terdiri daripada 12,881 kumpulan.

Beliau berkata walaupun hanya baru dua kes jangkitan virus Zika dilaporkan di negara ini tetapi langkah pencegahan perlu diambil secara berkesan bagi menghalang kes baharu.

Beliau menasihatkan semua pihak agar tidak memandang ringan masalah kesihatan yang dialami terutama demam, dan mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berhampiran. – BERNAMA

Tags: Rohani Abdul Karim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tingkat Kemudahan Perumahan & Persekitaran

11/07/2017
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu meningkatkan keperluan perumahan dan persekitaran selesa bagi mencapai indeks kesejahteraan keluarga yang lebih baik, kata...

Warga Emas Mungkin Boleh Kerja Selepas Usia 60 Tahun

08/04/2017
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedia mengkaji mekanisme bagi membolehkan warga emas terus aktif dalam alam pekerjaan selepas menjangkaui umur 60...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd