• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KTMB Perkenal Laluan Padang Rengas – Bukit Mertajam

oleh
03/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG RENGAS – Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini memperkenalkan laluan baharu antara stesen Padang Rengas ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Presiden KTMB, Datuk Sarbini Tijan berkata perkhidmatan itu yang telah bermula 2 September lepas bertujuan memberi kemudahan kepada orang ramai dengan menawarkan 22 perkhidmatan pergi dan balik setiap hari.

“Kekerapan perkhidmatan tren adalah setiap 60 minit untuk waktu puncak iaitu di antara 5.30 pagi hingga 9 pagi dan 6 petang hingga 8 malam,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian perkhidmatan komuter utara itu yang disempurnakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata sebelum ini pihaknya telah menawarkan tambang yang berpatutan dari stesen Taiping-Kamunting dengan RM1 bagi dewasa dan tambang maksimum bagi dewasa bernilai RM17.20 dari stesen Padang Rengas ke Padang Besar.

“Kita juga telah memulakan perkhidmatan komuter utara pada 11 September 2015 dari Butterworth ke Gurun dan Butterworth ke Kamunting dengan 14 perkhidmatan.

“Atas sambutan yang menggalakkan, kami telah menambah 28 lagi perkhidmatan setiap hari dari Butterworth ke Padang Besar dengan tambang RM11.40 sen,” katanya.

Menurut Sarbini, diskaun 50 peratus diberikan kepada kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) manakala tambang untuk kanak-kanak di bawah umur dua tahun adalah percuma.

Beliau berkata perkhidmatan komuter utara itu akan memudahkan perhubungan dan perjalanan orang ramai ke utara seperti Butterworth, Sungai Petani, Alor Setar, Arau dan Padang Besar.

Pihaknya juga telah memperkenalkan satu program ‘Ride & Ride’ dengan membenarkan penumpang membawa basikal di dalam perkhidmatan komuter, katanya.

“Seramai 2,000 orang telah menggunakan perkhidmatan itu dalam tempoh Jun hingga Ogos lalu dan perkhidmatan ini memberikan satu gaya hidup yang baharu,” katanya.

Sementara itu, Mohamed Nazri berkata perkhidmatan komuter dari Padang Rengas ke Bukit Mertajam itu akan menjadi pemangkin kepada pembangunan di kawasan luar bandar.

“Ini membuktikan perkhidmatan itu bukan hanya terdapat di bandar besar seperti di Kuala Lumpur, tetapi kini perkhidmatan tersebut dijalankan di kawasan luar bandar seperti di Padang Rengas.

Beliau percaya dengan adanya perkhidmatan ini, ia akan memajukan industri pelancongan di negeri ini kerana perkhidmatan komuter itu menghubungkan beberapa bandar besar di sebelah utara. – BERNAMA

Tags: komuterKTMB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

21/02/2026
0

JOHOR BAHRU: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menggagalkan cubaan mencuri kabel sepanjang kira-kira 250 meter di laluan Kempas Baru–Kulai...

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd