• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPM Gagalkan Cubaan Seludup Keluar 42 Tong Gas Memasak

oleh Ahmad Albab
03/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menggagalkan cubaan menyeludup keluar 42 tong gas memasak berjenama Shell dipercayai ke negara jiran, petang semalam.

Komander PPM Wilayah Sabah, ACP Mohammad Madun berkata anggota PPM yang menjalankan rondaan Ops Paradise sekitar pukul 5.15 petang di kawasan Sungai Umas-Umas, melihat sebuah bot jongkong dalam keadaan mencurigakan sebelum memeriksa bot terbabit.

“Hasil pemeriksaan didapati, 42 tong gas ditemui di dalam jongkong berkenaan. Seorang lelaki penduduk tetap berusia 21 tahun yang gagal menunjukkan dokumen kebenaran daripada Jabatan Kastam telah ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 7 (4) Akta Kawalan Perbekalan 1967,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, dalam Ops sama, Mohammad berkata pasukannya telah menahan sebuah bot jongkong KM Anugerah berikutan melanggar perintah berkurung yang dikuatkuasa dari pukul 7.00 malam hingga 5.00 pagi itu.

Katanya, anggotanya yang melakukan rondaan di sekitar pelabuhan Tawau pada pukul 9.15 malam tadi terjumpa sebuah bot jongkong yang kelihatan mencurigakan dipercayai baharu tiba dari Tarakan, Indonesia.

“Hasil pemeriksaan mendapati jongkong itu tiada kebenaran untuk belayar pada waktu malam di kawasan perintah berkurung.

Jongkong itu ditarik ke jeti PPM sementara juragan dan dua anak perahu kesemunya berumur lingkungan 25 hingga 40 tahun kini ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya lagi.

Mohamad berkata ketiga-tiga lelaki berkenaan akan disiasat di bawa Seksyen 21 (2) Akta Polis 1967, kerana gagal menunjukkan permit kebenaran untuk melalui kawasan perintah berkurung itu daripada pihak berkuasa Malaysia. – BERNAMA

Tags: Gas LPGPPM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Marin Rampas Kapal Korek Pasir Berdaftar Di Mongolia

Polis Marin Rampas Kapal Korek Pasir Berdaftar Di Mongolia

21/03/2023
0

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) menyita sebuah kapal korek yang didapati digunakan untuk mencuri pasir di perairan Pulau Usukan,...

Sindiket Seleweng Gas LPG Tumpas

04/06/2022
0

IPOH : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak menumpaskan satu sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd