• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sokong Pelan Tambah Keanggotaan UMNO – MB Pahang

oleh Ahmad Albab
03/09/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Anggota UMNO Pahang perlu menyokong dan melaksanakan pelan yang dirangka Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO bagi menambah seramai mungkin anggota sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, tidak lama lagi.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pelan di bawah biro kelolaan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim itu dilihat sangat praktikal, realistik dan mampu dicapai, jika semua pihak memberikan kerjasama yang baik.

“Kita mesti pastikan kita mengambil pendekatan untuk memenangi hati rakyat kerana pilihan raya akan datang penting untuk kita. Dalam politik kita perlu menang untuk terus membantu rakyat,” katanya.

Adnan berkata demikian semasa berucap pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini, yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Ketua UMNO Pekan, Datuk Abu Bakar Harun; Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib dan Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang, Datuk Seri Ishak Muhammad.

Adnan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang turut menasihatkan anggota UMNO untuk tidak terlalu terpengaruh dengan perkembangan baharu dalam politik kerana ‘perselisihan faham dalam politik adalah perkara biasa’.

“Dalam politik mesti ada kemelut, kelam kabut dan perebutan. Sejak dahulu lagi kita sudah perhatikan perkara ini, namun dahulu kita tidak pernah melihat orang menggunakan kelemahan peribadi untuk menghentam, sebaliknya semua atas isu politik.

“Tetapi sekarang ini, benda yang tidak ada pun boleh diadakan-adakan. Tapi yang penting adalah kita bersabar dan ini yang akan membawa kejayaan kepada parti kita,” katanya.

Sementara itu, Abu Bakar dalam ucapannya menyatakan sokongan penuh anggota UMNO Pekan kepada Najib yang juga Presiden UMNO yang banyak menghadapi ujian dan perkara tidak benar yang diviral di media sosial. – BERNAMA

Tags: Adnan YaakobUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS, UMNO Perlu Bertaut Kembali – Khairuddin

PAS, UMNO Perlu Bertaut Kembali – Khairuddin

09/06/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO perlu mencari formula terbaik untuk kembali bertaut demi memastikan masa depan Melayu dan Islam...

Kerjasama UMNO-PAS Mampu Kuasai Lebih 100 Kerusi Parlimen?

Kerjasama UMNO-PAS Mampu Kuasai Lebih 100 Kerusi Parlimen?

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah yang juga ahli PAS, Sabri Mamat menyuarakan harapan Muafakat Nasional (MN) 2.0 antara PAS dan UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd