• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Bina Lorong Basikal Di Sekitar Bandar Kota Bharu

oleh Ahmad Albab
03/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dicadang supaya membina lorong khusus untuk pengayuh basikal di jalan utama di sekitar bandar ini.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata bandar Kota Bharu perlu mesra kepada pengayuh basikal yang kini semakin ramai bukan sahaja bagi tujuan beriadah tetapi untuk ke tempat kerja dan aktiviti harian lain.

“Penyediaan lorong khusus untuk basikal penting supaya kayuhan itu selamat, kalau berlumba-lumba dengan motosikal dan kereta, ini berbahaya,” katanya kepada pemberita selepas menyertai kira-kira 1,000 pengayuh basikal pada Program Merdeka Kayuhan Patriotik Fun Ride 2016 di sini, hari ini.

Turut menyertai program anjuran Biro Tatanegara Kelantan itu ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha.

Mustapa berkata penggunaan basikal untuk aktiviti harian di kawasan bandar boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menjimatkan perbelanjaan bahan bakar untuk kenderaan.

Program Merdeka Kayuhan Patriotik Fun Ride 2016 dianjurkan bagi menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan mendekatkan pemimpin dengan masyarakat.

Sementara itu, ditanya mengenai kekurangan pelanggan bagi sesetengah pasar raya di negeri ini yang cuba dikaitkan dengan kemelesetan ekonomi, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata perkara itu tidak berlaku cuma pengguna telah berpindah ke pasar raya baharu yang lebih besar.

Beliau berkata keadaan itu adalah situasi biasa dan pengguna masih berbelanja.

“Kemelesetan ini adalah definisi teknikal merujuk kepada keadaan ekonomi yang mencatatkan kadar pertumbuhan negatif untuk dua suku tahun berturut-turut dan keadaan ini tidak pernah berlaku sejak tahun 2008 dan 2009,” katanya. – BERNAMA

Tags: basikalKelantan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

04/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadikan titik...

Tema ‘Bunian’ Sambutan Hari Jadi Anak Jutawan Kelantan Cetus Perdebatan Netizen

Tema ‘Bunian’ Sambutan Hari Jadi Anak Jutawan Kelantan Cetus Perdebatan Netizen

31/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR _ Sambutan hari jadi yang didakwa melibatkan anak perempuan seorang jutawan terkenal dari Kelantan menjadi perhatian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd