• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Restu Ibu Punca Pekin Bertahan Jadi Artis

oleh Ahmad Albab
03/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon Pekin Ibrahim memberitahu restu dan doa ibunya merupakan punca utama dia terus bertahan dan berada pada tahap selesa dalam industri seni tanah air.

Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 33, berkata, dia pernah berputus asa sehingga mengambil keputusan untuk balik kampung bagi mencari pekerjaan lain yang lebih menjamin masa depan.

“Saya pernah rasa putus asa dan pulang ke kampung di Kelantan untuk bina hidup baru dan cari pekerjaan yang ada di kampung.

“Ketika di kampung, ibu memanggil saya dan bertanya tentang masalah yang saya hadapi. Saya ingat lagi, dia genggam tangan saya dengan kuat dan memberitahu yang dia merestui perkerjaan lakonan saya.

“Dia juga minta saya pulang ke Kuala Lumpur dan bekerja bersungguh-sungguh,” ujarnya kepada mStar Online.

Tambahnya, selepas peristiwa itu rezeki semakin murah dan tawaran berlakon tidak pernah putus.

Pekin berkata, disebabkan itu juga, dia sentiasa memberitahu ibunya terlebih dahulu tentang tawaran dan filem yang diterima.

“Alhamdulillah, saya percaya doa ibu itu yang membuatkan saya sentiasa dilindungi dan rezeki sentiasa ada.

“Setiap kali saya dapat tawaran dia orang pertama yang saya beritahu dan ibu juga peminat serta pengkritik tegar saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pekin juga memberitahu pernah hidup merempat dan cuba mendekati beberapa orang yang dikaguminya dalam industri bagi mencari peluang untuk berlakon.

Dia juga tidak pernah menggunakan jalan mudah untuk berada dalam industri ini.

“Saya bermula semuanya daripada bawah dan belajar sedikit demi sedikit. Saya cuba mendekati dan belajar dengan beberapa orang yang saya kagumi seperti pengarah Mamat Khalid dan Khir Rahman.

“Mereka banyak membantu kerjaya saya dan tidak sangka kami menjadi kawan baik hingga hari ini. Dulu saya selalu buat muka tidak malu untuk berjumpa mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pekin berkata, perjuangannya dalam industri bukan untuk menjadi seorang pelakon sahaja, malah dia bercita-cita untuk menjadi seorang tenaga pengajar yang dapat membantu pelapis dalam industri seni tanah air. – mStar Online

Tags: Artispelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pelakon Shahrol Shiro tampil dengan kenyataan sinis berhubung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat...

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd