• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KJ Serah Pendrive TMJ Isu Korup FAM Kepada SPRM Esok

oleh
02/09/2016
dalam Jenayah, Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBAGAIMANA dijanjikan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sendiri akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika ada unsur penyelewengan dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ia susulan daripada maklumat terkandung dalam ‘pendrive’ atau pemacu pen diserahkan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik skuad JDT kepadanya di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru, Johor pada 26 Ogos lalu.

Genap seminggu, Khairy Jamaluddin dijadualkan menyerahkan ‘pendrive‘ yang mengandungi 279 halaman dan didakwa baginda banyak ‘menyimpan aktiviti rasuah dalam FAM yang berlarutan selama 30 tahun’ kepada ibu pejabat SPRM di Putrajaya jam 11 pagi Jumaat.

Beberapa portal berita tempatan memetik sumber yang enggan didedahkan namun layak dipercayai sebagai memberitahu, Khairy Jamaluddin akhirnya bersetuju membuat keputusan tersebut pada Khamis dan akan membuat laporan SPRM pada pagi esok di Putrajaya.

Sebelum ini, ketika bercakap kepada wartawan selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan UMNO Bahagaian Bandar Tun Razak, di Kuala Lumpur pada Rabu, beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO memberi jaminan sedia menyerahkan pendrive itu terus kepada SPRM.

Ini tegas Khairy Jamaluddin, hanya akan dilakukan jika dokumen rahsia tersebut yang dikatakan perlu diteliti kerana setebal lebih 200 muka surat itu betul-betul mempunyai unsur dan bukti sahih penyelewengan atau ketirisan dalam FAM sendiri lebih tiga dekad.

KJ Serah Pendrive TMJ Isu Korup FAM Kepada SPRM Esok

“Apapun saya akan buat pengumuman berhubung pendrive pada Jumaat ini,” katanya memberitahu, setakat ini ia didapati mengandungi laporan teknikal, skuad bola sepak kebangsaan, aspek kejurulatihan, skuad futsal negara, skuad wanita dan program pembangunan.

Kisah ‘pendrive’ tersebut mula panas sejak 18 Julai lalu apabila TMJ mendakwa baginda diberikan pemacu pen itu yang mengandungi banyak maklumat aktiviti ‘gelap’ dalam FAM selama puluhan tahun daripada sumber dikatakan berkedudukan tinggi di Kuala Lumpur.

Tunku Ismail malahan mendakwa pendrive itu turut menyimpan aktiviti korup dalam FAM yang didakwanya telah berlarutan selama 30 tahun dan baginda kemudiantampil menyerahkan pendrive itu langsung kepada Khairy Jamaluddin sendiri pada Jumaat lalu.

Beliau sebelum ini pernah menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu sekiranya didapati ada melakukan ketirisan dan salah laku dalam FAM dan berkata: “Saya tidak akan menutup kesalahan sesiapa. Saya tidak akan sembunyikannya.

“Saya akan buat secara telus berdasarkan laporan itu secepat mungkin. Saya belum ada masa baca sepenuhnya kandungan pemacu pen tersebut. Saya akan maklum kepada media tentang tindakan susulan saya, sesudah kaji isi kandungan itu.” – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: FAMKJTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub  JOHOR BAHRU – Pasukan elit Johor Military Forces (JMF) dan Grup Gerak Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia mencuri...

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

17/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Inisiatif Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) terus membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam melahirkan generasi muda bertaraf global...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd