• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NGO Desak Selcat Siasat Isu Tanah Paya Indah Wetland

oleh
01/09/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) hari ini mendesak Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) menjalankan siasatan terhadap perubahan status tanah Lot 68054, Mukim Tanjung Dua Belas di Paya Indah Wetland.

Pengerusi Pertubuhan Gerakan Penegak Suara Selangor, Nasiruddin Mohamed mendakwa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah melakukan kesilapan dalam memberi kelulusan terhadap perubahan status tanah dan perlengkungan semula lot tanah berkenaan.

“Anggota mesyuarat tidak diberi maklumat lengkap mengenai bentuk muka bumi lot tanah itu khususnya seperti anak sungai, sumber air, kawasan tanah paya dan hutan simpan yang jika diganggu dengan pembangunan akan memberi impak negatif terhadap alam sekitar,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan dokumen aduan mengenai perkara berkenaan kepada Pengerusi Selcat, Hannah Yeoh yang diterima oleh wakil pejabat beliau, Joyce Chow.

Nasiruddin turut mendesak Selcat menyiasat dakwaan wujudnya individu yang menggunakan jawatan dalam Angkatan Muda Keadilan untuk melobi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meluluskan perubahan status tanah berkeluasan 619 hektar itu daripada pertanian kepada pembangunan.

“Satu perbualan melalui aplikasi WhatsApp yang didedahkan baru-baru ini jelas menggambarkan pemimpin PKR ini bertindak bagi pihak pemaju menggunakan kedudukan politik beliau bagi melobi perubahan status lot tanah berkenaan.

“… dan Azmin yang mempengerusikan MMKN tahu mengenai perkara itu dan disyaki secara sedar meluluskan perubahan status berkenaan,” dakwa Nasiruddin.

Tambahnya, isu lot tanah ini adalah satu isu integriti yang kritikal kerana empat menteri besar sebelum ini telah menghalang sebarang perubahan terhadap status tanah itu.

Sebaliknya, beliau berkata apabila Mohamed Azmin dilantik sebagai menteri besar, perubahan status tanah itu diluluskan. – BERNAMA

Tags: NGOPaya Indah WetlandSelcat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kad Laporan Klinik Kesihatan Bahasa Cina? NGO Gesa Tindakan Bawah Akta Bahasa Kebangsaan

Kad Laporan Klinik Kesihatan Bahasa Cina? NGO Gesa Tindakan Bawah Akta Bahasa Kebangsaan

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video mendakwa kad laporan kesihatan oleh sebuah klinik kesihatan kerajaan bukan dalam bahasa Melayu tular...

Mengapa Tidak Buat Kenyataan Siasat Laporan Kewangan Kuil Haram? – Firdaus Wong

Mengapa Tidak Buat Kenyataan Siasat Laporan Kewangan Kuil Haram? – Firdaus Wong

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengapa tidak buat kenyataan minta siasat kuil haram dan laporan kewangan setiap kuil haram? Demikian persoalan dibangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd