• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

#TangkapMO1: 20 Lagi Peserta Bakal Dipanggil Polis

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGANJUR himpunan #TangkapMO1 nampaknya tidak senang ‘duduk’ selepas seorang demi seorang dipanggil polis bagi memberi keterangan.

Selepas himpunan yang diadakan Sabtu lalu, seramai 11 individu tampil memberi keterangan termasuk Ahli Parlimen DAP Rasah, Teo Kok Seong dan Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad serta jurucakap penganjur himpunan #TangkapMO1, Anis Syafiqah Md Yusof.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, kertas siasatan membabitkan 11 individu itu sedang dikemaskini sebelum serahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana gagal memberikan notis 10 hari dan Seksyen 505B Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kegusaran kepada masyarakat.

Zainol berkata, seramai 20 peserta himpunan tersebut bakal dipanggil bagi memberikan keterangan dalam masa terdekat ini.

“17 individu sudah dikenal pasti sementara tiga lagi masih tidak tahu identiti mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perhimpunan #TangkapMO1 itu diadakan untuk menekan pihak berkuasa menangkap individu dinamakan ‘Malaysian Official 1’ dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat bagi menyita aset yang didakwa dibeli dengan wang diseleweng daripada dana 1MDB. – MYNEWSHUB.CC

Tags: polisTangkap MO1
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd