• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dikejar Dari Chow Kit Hingga Kajang Sebelum Ditahan

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua lelaki ditahan setelah dikejar hampir 50 kilometer dari Jalan Chow Kit di sini hingga plaza tol di Bandar Bukit Mahkota, Bangi dekat Kajang, Selangor.

Aksi mengejar itu bermula di Lorong Haji Hussein pada pukul 5.15 petang semalam setelah pihak polis mengesan sebuah kereta Proton Saga yang dipandu dalam keadaan mencurigakan dan disyaki menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Pihak polis pada mulanya mengarahkan pemandu kereta itu agar berhenti, tetapi dia terus memecut keretanya ke Jalan Ipoh sebelum memasuki arah selatan Lebuhraya Utara-Selatan.

“Kami kemudiannya meminta Unit Rondaan Bermotosikal Sentul agar membantu mengejar kereta yang dinaiki tiga lelaki itu di Jalan Ipoh sehingga ke lebuh raya berkenaan,” kata kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata pemandu kereta berkenaan turut cuba melanggar anggota polis bermotosikal sehingga memaksa mereka melepaskan beberapa das tembakan.

Pemandu itu kemudiannya memasuki susur masuk ke Bandar Bukit Mahkota, Kajang sebelum berhenti tidak jauh dari kawasan plaza tol berhampiran, kata Zainol.

“Di situ pihak polis berjaya menahan dua daripada lelaki terbabit manakala seorang lagi berjaya meloloskan diri.

“Dalam kereta itu, kami menjumpai 30 paket disyaki heroin, satu paket dipercayai syabu dan satu lagi paket disyaki ganja,” katanya. – BERNAMA

Tags: penjenayahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd