• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malindo Air Lancar Penerbangan Harian Ke Hanoi

oleh Ahmad Albab
01/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malindo Air meluaskan laluannya di Vietnam selepas Ho Chi Minh City, dengan melancarkan perkhidmatan harian dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Antarabangsa Noi Bai, Hanoi.

Peluasan itu adalah selari dengan pelan rangkaian antarabangsa syarikat penerbangan itu, menjadikan rangkaian laluan ke 40 destinasi di 13 negara.

Penerbangan 0D571 Malindo Air akan berlepas setiap hari dari KLIA pada 9.15 pagi dan tiba di Noi Bai pada 11.25 pagi waktu tempatan. Penerbangan balik berlepas dari Hanoi pada 12.15 tengah hari dan tiba di KLIA pada 4.35 petang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Chandran Rama Muthy berkata kemasukan Malindo Air ke Vietnam sudah pasti menyumbang kepada sasaran Malaysia untuk menarik 36 juta pelawat antarbangsa menjelang 2020.

“Pada 2014, terdapat kira-kira 286,000 pelawat Vietnam tiba di Malaysia untuk urusan perniagaan, percutian atau melawat rakan dan saudara-mara. Tahun lepas, jumlah ketibaan mencatatkan kenaikan 6.7 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata syarikat penerbangan itu mahu bekerja lebih rapat dengan Tourism Malaysia dan ejen pelancongan Vietnam bagi menyediakan pakej-pakej promosi dan pakej membeli-belah.

“Rancangan kami adalah selari dengan strategi Tourism Malaysia untuk meningkatkan ketibaan dari Vietnam menerusi pelancongan kesihatan, pelancongan MICE selain meningkatkan kekerapan,” katanya.

Tambang promosi untuk laluan baharu Kuala Lumpur-Hanoi bermula daripada RM209 untuk Kelas Ekonomi dan RM1,109 untuk Kelas Perniagaan sehala, termasuk semua.

Tambang itu termasuk peruntukan bagasi percuma, hiburan dalam penerbangan dan hidangan makanan. – BERNAMA

Tags: Malindo AirVietnam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kejadian Lubang Benam Berjaya Dirakam

Kejadian Lubang Benam Berjaya Dirakam

04/12/2025
0

DA NANG, VIETNAM – Sebuah lubang benam muncul petang tadi dan menelan dua kenderaan yang diparkir. Sinkhole berkeluasan kira-kira 20...

Piala Asia B23: Malaysia Diundi Bersama Uzbekistan, Vietnam

Piala Asia B23: Malaysia Diundi Bersama Uzbekistan, Vietnam

23/11/2023
0

Skuad bola sepak bawah 23 tahun (B23) Malaysia diundi dalam kumpulan bersama dua pasukan kuat iaitu Vietnam dan Uzbekistan. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd