• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Demi Selamatkan Anjing, 2 Ferrari Kemalangan

oleh AK-47
01/09/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUA buah kereta Ferrari remuk akibat mengelak seekor anjing yang tiba-tiba melintas di hadapan kereta mewah tersebut. Pemandu dikatakan terperanjat kerana haiwan tersebut melintas di hadapan mereka secara mengejut.

Selepas mengelak daripada anjing itu, mangsa dilaporkan terpaksa pula merempuh pagar sekatan jalan. Portal Shanghaiist melaporkan, insiden berlaku di bandar Lijiang, China. Akibat insiden itu, mangsa mengalami kerugian hingga 2 juta yuan (kira-kira RM1.2 juta).

Ferrari berwarna perak itu remuk bahagian depan setelah melanggar pagar sekatan jalan manakala Ferrari yang berwarna putih pula rosak teruk pada bahagian kiri belakang kenderaan tersebut.

Penduduk di sekitar lokasi kejadian berkumpul dengan cepat sejurus mendengar dentuman kuat di hadapan kedai dan tidak mahu ketinggalan merakamkan gambar kemalangan unik tersebut.

Demi Selamatkan Anjing, 2 Ferrari Kemalangan

Beberapa ejen insurans kenderaan yang tiba di lokasi kemalangan menilai kerosakan tersebut bakal menyebabkan mangsa memerlukan sekurang-kurangnya 1 juta yuan (kira-kira RM610,000) untuk membaikinya.

Demi Selamatkan Anjing, 2 Ferrari Kemalangan

Demi Selamatkan Anjing, 2 Ferrari Kemalangan

Apa yang terjadi dengan anak anjing itu? Malangnya usaha pemandu demi mengelakkan pelanggaran anjing tersebut sia-sia apabila haiwan itu dipukul hingga mati oleh orang ramai yang melihat kejadian berkenaan.

Kejadian tersebut dimuat naik ke media sosial oleh salah seorang yang menyaksikan dan ia menjadi viral. Sebahagian besar netizen memuji tindakan berani dua pelumba Ferrari itu.

“Wow! Saya fikir mereka berdua pantas mendapat sumbangan daripada pencinta anjing untuk memperbaiki kereta mereka,” kata seorang netizen tempatan yang enggan dikenali.

“Ya, aku berasa sedih dengan anjing ini sementara aku juga kesian dengan 2 Ferrari ini,” katanya lagi.

Netizen lain mengulas: “Aww, ini tidak terlalu buruk. Kami yakin bahawa pemilik Ferrari akan mampu bayar berjuta-juta yuan.” – MYNEWSHUB.CC

Tags: Ferrarikemalangankereta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

23/03/2026
0

Istanbul: Sebuah pesawat Air Canada berlanggar dengan sebuah trak bomba di landasan Lapangan Terbang LaGuardia, New York pada lewat malam...

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

18/03/2026
0

SUBANG JAYA, 17 Mac 2026 – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas terjatuh dari jentera pengangkat jenis ‘skylift’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd