• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita, Anak Maut Terjatuh Dari Tingkat 32

oleh Ahmad Albab
31/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang wanita dan anak lelakinya berusia tiga tahun maut selepas terjatuh dari Tingkat 32 bangunan kediamannya di Kiara Residence 2 di Bukit Jalil di sini, hari ini.

Wanita berusia 23 tahun itu dan anaknya ditemui terbaring di koridor Tingkat Satu dalam kejadian kira-kira 2 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata siasatan awal mendapati wanita itu mengalami masalah kemurungan.

“Suaminya yang berusia 28 tahun, seorang ejen hartanah, pernah membawa isterinya mendapatkan rawatan psikiatri di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada Mei atau Jun lepas,”katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Chong berkata sebelum kejadian itu, wanita berkenaan memberitahu suaminya dia mahu membuang sampah ketika mereka sedang bersiap untuk ke Karak, Pahang.

“Ketika sedang mengemas beg, wanita itu memberitahu suaminya dia mahu membuang sampah dengan membawa anaknya bersama.

“Lima minit kemudian, suaminya meminta adik perempuannya mencari isteri dan anaknya di tempat parkir sementara beliau mengemas beg untuk dibawa ke kereta.

“Pada masa itu, dia terdengar bunyi yang kuat dan apabila menjenguk ke bawah dari unit rumahnya di Tingkat Sembilan, dia ternampak isteri dan anaknya dalam keadaan terbaring,” katanya.

Beliau berkata pemeriksaan polis di lokasi kejadian turut menemukan telefon bimbit milik wanita itu di Tingkat 32 bangunan berkenaan, yang merupakan kawasan rehat penghuni di situ.

“Kawasan itu dilengkapi cermin setinggi empat meter yang berperanan sebagai penghadang,” katanya.

Mayat dua beranak itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia di sini untuk dibedah siasat. – BERNAMA

Tags: maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan satu insiden berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO)...

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd