• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Perlu Ambil Kira Kepentingan Bukan Melayu

oleh Ahmad Albab
31/08/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SABAK BERNAM – UMNO perlu mengambil kira kepentingan golongan bukan Melayu kerana parti tunjang Barisan Nasional (BN) itu sentiasa mendapat sokongan mereka dalam pilihan raya umum selama ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO masih dan tetap memerlukan sokongan pengundi bukan Melayu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

“Pada pilihan raya umum ke-14 akan datang, UMNO sebagai tulang belakang BN mesti ambil kepedulian, kepentingan orang bukan Melayu untuk membantu kemenangan BN selain deposit sokongan orang Melayu,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sungai Besar, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang menjalankan tugas timbalan presiden UMNO itu berkata kemenangan BN di Sabah dan Sarawak juga selama ini adalah kerana sokongan dan dukungan bukan Bumiputera.

Justeru, beliau mahu semua pemimpin UMNO perlu dilihat sebagai pemimpin dan ketua yang adil agar pengundi dan rakyat terus menghargai dan menyokong BN.

Selain itu, timbalan perdana menteri turut mengingatkan pemimpin UMNO supaya sentiasa mendahulukan perpaduan dan persiapan menghadapi PRU14 akan datang daripada memfokuskan kepada pemilihan parti.

“Apa maknanya jawatan dalam parti tetapi kalah pilihan raya umum?,” katanya.

Turut hadir Pengerusi UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunus.

Terdahulu, Ahmad Zahid turut melancarkan buku hasil nukilan Anggota Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi berjudul ‘Buku Biru: 10 Sebab Budiman Pilih UMNO’. – BERNAMA

Tags: UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

06/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO diingatkan supaya tidak tamak dalam soal pembahagian kerusi sekiranya benar-benar mahu menjayakan kerjasama politik...

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

05/09/2026
0

KALAU benar UMNO dan PAS mahu menghidupkan kembali penyatuan ummah buatlah betul-betul. Bercakap soal penyatuan tapi macam-macam cekadaknya. Banyak perbedaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd