• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Cedera Dipukul Isteri Di Bukit Mertajam

oleh Ahmad Albab
30/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Seorang mekanik luka dan lebam di muka, mulut serta dagu selepas dipukul isterinya dalam kejadian di rumah mereka di Flat Desa Damai, Sg. Rambai di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa berusia 38 tahun baru balik kerja dan isterinya yang berada di rumah meminta wang daripada suaminya kerana mahu membayar hutang.

“Lelaki itu mendakwa dia memaklumkan kepada isterinya yang dia tiada wang tetapi wanita berkenaan tidak percaya dan berlaku pertengkaran antara mereka sebelum suspek bertindak menumbuk serta menendang muka suaminya.

“Semasa kejadian itu, dua anak mereka, masing-masing lelaki dan perempuan berusia 17 dan 15 tahun berada di rumah.

“Anak lelaki mangsa bertindak meleraikan pergaduhan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa yang mengalami kecederaan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Bukit Mertajam, di sini.

Nik Ros Azhan berkata lelaki itu membuat laporan polis.

Katanya wanita itu yang berusia 35 tahun dan tidak bekerja, bertindak melarikan diri dari rumah sewa mereka dengan membawa anak perempuannya sejurus selepas kejadian berkenaan.

Usaha mengesan wanita itu giat dijalankan.

“Siasatan juga mendapati wanita itu pernah ditahan kerana kesalahan yang sama, memukul suaminya pada tahun lepas.

“Bagaimanapun lelaki berkenaan kemudian menarik semula laporan polis yang dibuatnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: dipukul
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Punca Pelajar UMT Dipukul Bergilir-gilir

Punca Pelajar UMT Dipukul Bergilir-gilir

19/12/2024
0

KUALA TERENGGANU: Saling tuduh menuduh dipercayai antara punca seorang penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini, dipukul secara bergilir-gilir oleh...

Imam Rebah, Meninggal Dunia Ketika Solat Subuh Di Masjid

Koperal Polis Maut Dipercayai Dipukul

23/03/2024
0

SHAH ALAM: Seorang anggota polis maut dipercayai dipukul dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Taman Impian Indah di sini, awal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd