• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Sekolah Jangan Terpengaruh Kegiatan Daesh

oleh Ahmad Albab
30/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Golongan yang berminat dalam bidang agama dan belia yang cenderung menggunakan senjata adalah dua golongan yang dipercayai menjadi sasaran kegiatan militan Daesh.

Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata ekoran itu, golongan pelajar diseru tidak terlibat dalam sebarang kegiatan militan Daesh yang kini menyasarkan remaja di peringkat sekolah untuk direkrut termasuk melalui laman sosial.

“Jika di luar negara, belia diajar menggunakan senjata api oleh golongan tertentu (militan) dan kami amat berharap remaja di negara ini tidak mudah terpengaruh dengan kegiatan terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada Sambutan Ulang Tahun Kor Kadet Polis Ke-46 Peringkat Kontinjen Kelantan di Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Tunjong, di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Datuk Ab Aziz Abdullah.

Ab Rahman berkata polis memandang serius ancaman militan kerana ia boleh menggugat keamanan dan keharmonian yang dinikmati rakyat negara ini.

Beliau berharap golongan remaja tidak mudah terpengaruh dengan gerakan seperti itu kerana ia boleh menyebabkan berlaku kekacauan dalam negara.

Sementara itu, Ab Rahman berkata beliau mengharapkan Kor Kadet Polis menjadi ‘mata dan telinga’ kepada pihaknya untuk melaporkan kes jenayah yang berlaku di kawasan sekolah serta merujuknya kepada Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS).

“Kami tubuhkan dua unit di sekolah termasuk Unit Cawangan Khas dan Unit Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) melalui PPS.

“Jika berlaku pergaduhan melibatkan perkauman boleh laporkan kepada pihak PPS Unit Cawangan Khas dan sekiranya berlaku sebarang kejadian melibatkan buli boleh laporkan terus kepada pihak JSJ untuk tindakan lanjut,” katanya. – BERNAMA

Tags: Daeshpelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd