• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Kami Reda Pemergian Azim’ – Keluarga

oleh AK-47
30/08/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA –  Abang kepada pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2), Allahyarham Azim Hakimi Abu Shuja berkata dia reda dengan berita kematian adiknya itu walaupun suasana pilu masih menyelubungi keluarganya.

Muhammad Aliff, 28, mengetahui berita mengejutkan itu selepas menerima panggilan daripada pihak sekolah.

“Saya terus bergegas ke hospital sebaik menerima panggilan. Biarpun ia merupakan suatu perkara yang  teramat-amat sedih, saya tetap menerima takdir ini dengan penuh redha,” katanya.

Aliff memberitahu adiknya itu seorang yang pendiam dan suka duduk di rumah pada masa lapang, namun amat gemar membantu sesiapa sahaja yang meminta pertolongan.

“Dia tidak pernah katakan ‘tidak’ setiap kali ahli keluarga atau saudara-mara meminta pertolongan. Dia memang seorang yang ringan tulang.

“Tidak pernah dia menyusahkan ahli keluarga atau menyakitkan hati kami. Biarpun sedih, kami semua tetap redha dengan ketentuan ini,” kata Aliff.

Ibunya, Zalina Khamis, 53, berkata mangsa yang juga merupakan anak bongsu daripada empat beradik itu sempat mengulang kaji pelajaran bersama rakan kerana akan mengambil peperikanaan PT3 tidak lama lagi.

“Azim banyak mendiamkan diri dan malam tadi, dia sempat mengulangkaji pelajaran bersama-sama rakannya.

“Pagi tadi dia tidak banyak bercakap, namun kelakuannya masih seperti biasa, malah dia sempat melambaikan tangan selepas saya menghantarnya ke sekolah,” katanya.

Dalam kejadian jam 9.40 pagi Isnin, Azim Hakimi, 15, dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah selepas cuba mengambil beg sekolah rakannya yang dibuang seorang rakan lain.

Jenazah selamat dikebumikan kira-kira jam 5 petang di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, dengan dihadiri kira-kira 100 ahli keluarga terdekat, guru dan rakan sekolah.

Terdahulu, jenazah dimandi dan dikafankan di Jabatan Forensik Hospital Putrajaya (HPJ) sebelum disembahyangkan di surau berdekatan kawasan perkuburan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kematianmautmurid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd