• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gerakan Dedah Video Bapa ADUN DAP Terlibat Rasuah

oleh
30/08/2016
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Bapa kepada seorang ADUN Pulau Pinang didakwa meminta ‘rasuah’ untuk ‘potong barisan’ bagi mendapatkan unit perumahan mampu milik di negeri itu selepas videonya sedang melakukan perbuatan itu didedahkan, dakwa Gerakan hari ini.

Naib Presiden 1 Gerakan Pulau Pinang I, Oh Tong Keong berkata video itu, yang didedahkan di laman Facebook Penang Kini – menunjukkan seorang lelaki dipercayai individu bernama Lim Keat Seong, bapa ADUN Sungai Pinang, Lim Siew Khim sedang ‘berkelahi’ berhubung bayaran ‘rasuah’ itu.

Tong Keong berkata berdasarkan analisis terhadap video itu, Keat Seong didakwa mengutip bayaran untuk unit perumahan itu, tetapi gagal menunaikan janjinya.

“Mereka (pelanggan Keat Seong) diminta membayar RM260 untuk borang dan kemudian ‘Agent Lim’ atau ‘Uncle Lim’ akan mengesahkan mereka akan dapat unit mampu milik itu.

“Namun, berdasarkan video itu, nampaknya pelanggan Uncle Lim meminta semua wang mereka dikembalikan, kerana janji mendapat rumah mampu milik itu tidak ditepati,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Gerakan di sini, hari ini.

Siew Khim, ketika dihubungi berkata beliau akan mengadakan sidang akhbar untuk menjelaskan isu itu.

Sementara itu, Ketua Jawatankuasa Kecil Anti Rasuah dan Tanah Gerakan Pulau Pinang, Hng Khoon Leng berkata isu itu bukan perkara baharu dan mendakwa menerima banyak maklumat mengenainya.

“Kami terima banyak maklumat mengenainya, tetapi tidak ada bukti.

“Hari ini kami dapat video untuk mengesahkannya. Kami sekarang yakin untuk mengatakan kebanyakan projek perumahan negeri terbabit dengan amalan rasuah,” katanya pada sidang media sama.

Tong Keong sependapat dengan Khoon Leng berkata, orang tengah seperti ini menafikan pemohon yang lebih layak untuk mendapatkan rumah mampu milik.

Mereka menasihatkan sesiapa yang membayar untuk memohon mendapatkan perumahan negeri membuat aduan kepada Gerakan serta-merta atau menghubungi Khoon Leng di talian 012-409-871. – FMT

Tags: adunDAPrasuahrumah mampu milik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

19/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyarankan Wong Siew Ki dari DAP dan bekas Exco DAP Negeri...

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan mendakwa DAP masih kekal bersama kerajaan Madani berkait...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd