• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Ditahan Bersama Pil Kuda Bernilai RM20,000

oleh Ahmad Albab
29/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU – Seorang penganggur diberkas bersama sejumlah pil kuda bernilai kira-kira RM20,000 dalam serbuan di Kampung Payang Kayu, di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu ASP Mohd Haki Hasbullah berkata pemuda berusia 23 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 10.30 pagi selepas cuba melarikan diri daripada pihak polis.

“Namun dengan kepantasan pihak polis, pemuda berkenaan berjaya ditahan dan hasil pemeriksaan lanjut kita menemui lima paket plastik berwarna biru yang mengandungi 1,000 biji pil kuda yang disorokkan di dalam sebuah plastik.

“Ketika ditahan suspek ditemui sedang memegang plastik yang mengandungi pil kuda dan kita percaya suspek ingin melarikan diri,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Menurutnya suspek dipercayai mula bergiat aktif dalam kegiatan pengedaran pil kuda sejak awal bulan lalu dan disyaki memperoleh bekalan tersebut dari negara jiran untuk edaran di sekitar Hulu Terengganu.

Mohd Haki berkata suspek kini ditahan reman hingga 4 Sept untuk siasatan lanjut mengikut seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Tags: Penganggurpil kuda
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

30/07/2025
0

TELUK INTAN: Seorang penganggur wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan membunuh ibu kepada teman lelakinya,...

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

03/07/2025
0

SHAH ALAM - Seorang penganggur yang berhijrah dari kampung ke Sungai Buloh untuk mencari pekerjaan, didakwa di Mahkamah Majistret di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd