• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Mangsa Bot Karam Di George Town Dijumpai

oleh Ahmad Albab
28/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Mayat Rosmin Selamat, 62, yang lemas dalam kejadian bot karam di Pantai Utama, di sini dijumpai oleh orang awam di Perairan Gurney, hari ini.

Komander Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Azman Samsudin berkata mayat lelaki itu ditemui terapung pada pukul 8.04 pagi, kira-kira 35 jam selepas mangsa dilapor hilang dalam kejadian tersebut.

“Mayat Rosmin dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Rosmin hilang dalam kejadian pukul 7 malam Jumaat lepas apabila bot yang membawa tujuh orang untuk melakukan kerja mengukur bagi projek tambakan tanah, terbalik akibat dipukul ombak kuat.

Enam daripada mangsa yang terdiri daripada empat warga Indonesia dari Acheh serta dua rakyat tempatan diselamatkan anggota bomba dan penyelamat serta nelayan.

Sementara itu, anak mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Samsul, 30-an berkata keluarganya menerima dengan reda kejadian tersebut walaupun pada mulanya berharap ayahnya yang merupakan bekas anggota tentera laut akan ditemui selamat.

“Jenazah akan dibawa balik ke Manjong, Perak untuk dikebumikan di sana selepas selesai urusan bedah siasat,” katanya ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang. – BERNAMA

Tags: bot karamMayat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

11/12/2025
0

Kota Damansara, 11 Disember 2025 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan daripada pihak Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd