• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amal Dasar Inklusif Dalam Perjuangan Agenda Bela Rakyat

oleh Ahmad Albab
28/08/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUDAT – UMNO mesti terus mengamalkan dasar inklusif sama ada sesama rakan politiknya dalam Barisan Nasional (BN) mahupun kepada rakyat Malaysia secara keseluruhan dalam memastikan agenda membela rakyat dan membangunkan negara terus terlaksana, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri dan presiden UMNO berkata sebagai contoh, jika di Sabah terdapat lebih 60 kumpulan etnik dan sub etnik, maka kesemua kumpulan etnik berkenaan perlu menjadi sasaran tanggungawab UMNO, BN dan kerajaan untuk memberi pembelaan.

“Saya sebut UMNO mesti inklusif. UMNO bukan lagi eksklusif… (isu) Mahkamah Adat negeri di Sabah saya sebagai perdana menteri beri peruntukan. Masalah Tanah Adat saya beri peruntukan dan banyak lagi supaya kita dapat merasakan bahawa Malaysia ini kita punya.

“Malaysia ini milik kita, tak kira siapa diri kita tetapi kita mesti ada perasaan kekitaan,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Zon 1 di sini hari ini. UMNO Zon 1 meliputi Bahagian Kudat, Kota Marudu, Kota Belud dan Tuaran.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Presiden Parti Bersatu Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan kesemua ketua UMNO bahagian Zon 1.

Sambil menyatakan keazamannya untuk melihat hubungan akrab dan bersatu padu rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung ‘bagai rambut bersimpul mati’, Najib berkata dengan adanya kekuatan kesepaduan rakyat Malaysia sedemikian, apapun cabaran yang datang akan mampu dihadapi dengan jayanya.

Bagaimanapun, katanya, untuk merealisasikan hasrat itu, kestabilan politik perlu wujud dan di Sabah, kestabilan politik wujud sejak UMNO secara rasmi bertapak di Sabah pada 21 Feb 2009 dan kini mempunyai kira-kira 546,850 anggota di 5,676 cawangan di semua 25 bahagian.

“Ini merupakan satu daripada ramuan kejayaan. Bila kita ada kestabilan politik, kita pula mesti berpegang kepada UMNO dan BN sebagai penyatuan politik untuk rakyat negeri Sabah. UMNO mesti perjuangkan kepentingan semua kaum. Kita bukan parti komunal,” kata perdana menteri.

Najib berkata selain itu, keselamatan dan kedaulatan Sabah mesti dipertahankan dan beliau memandang serius mengenai aspek keselamatan serta kedaulatan Sabah.

Katanya meskipun tidak ada negara di dunia boleh memberi jaminan untuk bebas daripada sebarang ancaman 100 peratus, namun Malaysia setakat ini berjaya mengekang beberapa ancaman daripada berlaku atas perhatian serius kerajaan BN terhadap keselamatan negara.

Najib menegaskan beliau akan terus mempertahankan kedaulatan Sabah bagi memastikan potensi Negeri Di Bawah Bayu, terutama dalam sektor pelancongan yang kian berkembang pesat, dapat dibangunkan seterusnya memberi limpahan nikmat kepada rakyat di negeri ini.

Perdana menteri berkata soal pembangunan, kebajikan dan untung nasib masa depan rakyat juga mesti dijaga dan rakyat tidak kisah mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meskipun isu itu akan ditangani kerajaan kerana yang rakyat mahukan adalah kebajikan mereka sentiasa terpelihara.

Sementara itu, Najib memuji kepimpinan UMNO Sabah di bawah teraju Musa kerana telah menjadikan Sabah sebagai negeri paling banyak anggota walaupun usianya paling bongsu jika dibandingkan dengan UMNO di negeri-negeri lain.

Katanya UMNO Sabah bukan sekadar menjadi komponen UMNO dengan jumlah keanggotaan terbesar malah UMNO negeri berkenaan juga berjaya menerapkan dalam diri anggota dan kepimpinannya untuk berpegang kepada nilai setia kepada kawan sama ada dalam susah mahupun senang.

Mengenai tiga permintaan UMNO Bahagian Kudat iaitu pembinaan sebuah sekolah menengah agama; pembinaan jalan pintas Bongkol-Telaga; serta memberi perhatian terhadap pembangunan Pulau Banggi yang merupakan pulau terbesar di negara ini, terutama dalam sektor pelancongan, Najib berkata beliau akan memberi pertimbangan sewajarnya terhadap cadangan berkenaan. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd