• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Latihan Sukan Negara Perlu Fokus Kepada Daya Kekuatan Mental

oleh Ahmad Albab
26/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Latihan sukan negara perlu fokus kepada daya kekuatan mental dalam memupuk aspirasi para atlet Malaysia untuk lebih berjaya di peringkat teratas, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata program pembangunan sukan tanah air telah berjaya meningkatkan prestasi fizikal sukan negara.

“Hal ini supaya atlet-atlet lebih dahagakan status juara dunia itu bukan sahaja demi negara tetapi untuk diri mereka sendiri,” katanya menerusi ucapan yang dimuat naik dalam laman blog rasminya, NajibRazak.com.

Beliau berkata pencapaian kontinjen Olimpik negara di Rio de Janeiro merupakan rekod terbaik dalam temasya sukan terbesar dunia itu yang menyaksikan mereka memungut lima pingat berbanding satu atau dua pingat pada kejohanan Olimpik sebelum ini.

Najib berkata kejayaan itu merupakan bakti yang tidak ternilai oleh atlet negara.

“Walau apa pun prestasi yang dicapai, sedar atau tidak, atlet-atlet negara telah berjaya menyatukan hati kita semua, tidak kiralah apa fahaman politik, asal usul kita, semuanya sehati sejiwa memberi sokongan padu buat wira dan wirawati negara di Rio, Brazil baru-baru ini,” katanya.

Najib berkata setiap rakyat Malaysia memainkan peranan yang penting dalam memberi sokongan moral kepada atlet negara kerana suntikan semangat itulah yang memberi kekuatan untuk negara.

Katanya sokongan itu mampu membantu para atlet meraih prestasi yang lebih tinggi terutama sekali pada tahun hadapan apabila Malaysia menjadi tuan rumah kepada Sukan SEA dan seterusnya di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Secara peribadi, perdana menteri berkata sambutan Hari Kemerdekaan ke-59 tahun ini sangat bermakna, khususnya setelah negara berjaya mencapai rekod terbaik dalam temasya itu.

Di Rio, kontinjen negara meraih empat pingat perak dan satu gangsa, iaitu pencapaian terbaik sepanjang penyertaan kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik sejak kali pertama pada 1956. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakSukan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd