• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15 Penagih Dadah Diberkas Di Batu Pahat

oleh Ahmad Albab
26/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Seramai 15 penagih dadah diberkas dalam satu operasi bersepadu di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Parit Berong, Senggarang, Batu Pahat, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata serbuan antara pukul 7 pagi hingga 1 tengah hari itu berjaya menahan seorang wanita dan 14 lelaki Melayu.

“Tiga daripada yang ditahan didapati memiliki dadah jenis heroin dan syabu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata ketiga-tiga suspek berkenaan turut bertindak melarikan diri ketika serbuan namun berjaya ditahan polis.

“Dua belas suspek lain pula ditahan sejurus memasuki kawasan kebun berkenaan,” kata Abdul Wahib.

Dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas dadah jenis heroin seberat 3.22 gram dan syabu seberat 0.2 gram.

Menurut Abdul Wahib, kesemua suspek yang berusia antara 18 hingga 66 tahun itu didapati positif dadah jenis morfin.

Hasil siasatan mendapati lokasi yang diserbu itu baru beroperasi lebih kurang tiga minggu dan sebelum ini suspek sering menukar lokasi untuk mengelak daripada dikesan pihak polis.

Hasil intipan anggota Narkotik Ibu Pejabat daerah Batu Pahat bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) cawangan Batu Pahat mendapati suspek berkunjung ke kebun berkenaan dari waktu pagi hingga petang hampir setiap hari.

Kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 39A (1), Seksyen 12 (2), Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983. – BERNAMA

Tags: kes dadahpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd