• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

21 Syarikat Disiasat, 3 Dihukum Berkaitan GST – Kastam NS

oleh Ahmad Albab
26/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Sebanyak 21 syarikat sedang disiasat manakala tiga syarikat telah didakwa dan dihukum di mahkamah berkaitan kesalahan di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 setakat ini, kata Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Sembilan Datuk Abdullah Jaafar.

Beliau berkata kesalahan dilakukan tiga syarikat terbabit ialah gagal menghantar penyata GST dan membuat tuntutan GST yang tidak betul.

“Terdapat 21 lagi syarikat dalam proses siasatan untuk didakwa di mahkamah atas kesalahan tidak membayar GST dan juga kesalahan tidak menghantar penyata GST,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata di Negeri Sembilan setakat ini terdapat 12,940 peniaga yang telah berdaftar di bawah GST dan usaha sedang dilakukan untuk mengesan mereka yang belum berdaftar.

Katanya kefahaman orang ramai dan peniaga mengenai GST kini semakin meningkat.

“Dalam tempoh enam bulan ini, aduan yang kastam terima didapati berkurangan, berbanding permulaan pelaksanaan GST pada 1 April 2015. Ini bermakna kefahaman masyarakat mengenai GST semakin meningkat,” katanya. – BERNAMA

Tags: GSTKastam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd