• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Kontrak 15 Tahun Berpeluang Diserap Jawatan Tetap

oleh Ahmad Albab
25/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun berkata mulai Julai tahun ini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) membuka peluang kepada pekerja kontrak kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun untuk diserap ke dalam perkhidmatan tetap.

Beliau berkata perkara itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 15,000 kakitangan kontrak kerajaan di seluruh negara dan ia akan dilaksanakan secara berperingkat.

“Pada masa ini kita masih dalam proses pemilihan dan terdapat beberapa aspek yang akan dilihat, khususnya dari segi disiplin dan kesihatan pegawai kontrak berkenaan .

“Penyerapan ke jawatan tetap itu terbuka untuk kakitangan gred rendah hingga ke gred profesional bagi semua jawatan dalam kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya dan Outreach SPA di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini hari ini.

Sementara itu, Entulu berkata SPA telah menerima sebanyak 1,385,460 permohonan di seluruh negara dalam tempoh Januari sehingga Julai tahun ini.

“Daripada jumlah itu seramai 77,349 pemohon telah dipanggil temu duga dan jumlah yang hadir pada temu duga hanya seramai 44,175 pemohon. Setakat ini jumlah calon yang telah dilantik dan menerima surat tawaran dalam pelbagai sektor kerajaan adalah seramai 9,506 orang,” katanya.

Beliau berkata daripada 1,385,460 pemohon, sebanyak 168,628 adalah pemohon dari Sabah dan daripada jumlah itu sebanyak 4,939 telah dipanggil temu duga dan 746 calon dilantik ke pelbagai jabatan.

Mengulas mengenai Karnival Kerjaya dan Outreach SPA itu, Entulu berkata ia akan memberi manfaat kepada pemohon pekerjaan di Sabah bagi mempersiapkan diri untuk memasuki alam pekerjaan dalam pelbagai sektor.

“Pada karnival ini pegawai SPA akan memberikan taklimat kerjaya beserta tips untuk menghadiri temu duga dan peperiksaan yang dikendalikan oleh SPA.

“Ini penting kerana antara faktor utama yang menyebabkan seseorang graduan tidak mendapat tawaran pekerjaan walaupun mempunyai akademik yang cemerlang ialah disebabkan tiada keyakinan, penampilan diri tidak menarik semasa temu duga atau tidak menepati ciri-ciri pekerja yang diperlukan,” tambah beliau.

Beliau berkata antara aktiviti utama yang diadakan pada karnival berkenaan ialah ceramah kerjaya dan panduan temu duga kepada para pelajar di Sabah serta pemohon pekerjaan dari pelbagai lapisan masyarakat.

“Selain itu terdapat pelbagai agensi kerajaan yang lain turut serta bagi mempamerkan fungsi dan peranan mereka kepada orang awam. Antara agansi berkenaan ialah Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tags: SPA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suspek Mungkin Orang Upahan – Suami Mangsa Simbah Asid

Suspek Mungkin Orang Upahan – Suami Mangsa Simbah Asid

19/05/2025
0

BACHOK: Suami pengusaha spa yang disimbah cecair dipercayai asid tidak menolak kemungkinan suspek yang melakukan perbuatan itu diupah pihak tertentu....

SPRM Nafi Keluar Kenyataan SPA Ambil Sekutu

21/04/2021
0

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan pegawai kanannya mengeluarkan kenyataan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan badan kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd