• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek LRT 3 Bakal Siap 31 Ogos 2020 – PM

oleh
13/07/2018
dalam Terkini
1
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan projek rel bandar di koridor barat Lembah Klang, Transit Aliran Ringan 3 (LRT 3).

Projek mega yang melibatkan jajaran sepanjang 37 kilometer itu menyediakan kemudahan penumpang di Klang, Shah Alam dan Petaling Jaya.

Ia juga akan mengintegrasikan lima buah stesen LRT 3 dengan menghubungkan pengangkutan baharu dan sedia ada serta akan memanfaatkan kira-kira dua juta pengguna.

Kerja-kerja pembinaan LRT 3 dijadualkan bermula awal tahun 2017 dan dijangka siap pada 31 Ogos 2020 dengan kos kira-kira RM9 bilion.

Perdana Menteri dalam pada itu berharap projek LRT 3 akan dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Saya berharap ia akan siap ikut jadual dan mengikut bajet ditetapkan. Saya diberitahu LRT 3 ini akan siap (kebetulan) pada 31 Ogos 2020.

“It’s very tight timeline but I believe dia akan siap ikut timeline,” kata Najib semasa berucap melancarkan projek LRT 3 di Stadium Malawati di sini hari ini.

 

Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali. Najib berharap LRT3 akan mencapai standard pembinaan dan keselamatan bertaraf dunia.

Beliau juga melahirkan penghargaan kepada pihak kerajaan negeri Selangor atas kerjasama diberikan bagi membolehkan projek LRT3 dilaksanakan.

“Terima kasih pada kerajaan negeri Selangor atas kerjasama, walaupun berbeza hal lain tetapi untuk kepentingan rakyat for the sake of rakyat,” kata Najib.

Projek LRT 3 ini telah menerima lebih 90 peratus sokongan daripada hampir 7,300 orang yang memberi maklum balas semasa pameran orang awam mengenai cadangan jajaran antara bulan Mei hingga Ogos 2015.

Peringkat prakelayakan kompetitif telah selesai pada Mei lalu , di mana 96 daripada 124 peserta telah disenaraipendekkan.

Apabila siap, projek LRT 3 akan mempunyai 26 buah stesen termasuk sebuah stesen bawah tanah.

LRT3 boleh membawa lebih penumpang berbanding pengangkutan awam lain di kawasan barat Lembah Klang dengan kadar 36,720 orang penumpang setiap arah dan setiap jam. – Agensi/Mynewshub/HAA

Tags: LRT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

28/12/2024
0

JEMPOL - Polis mengesahkan akan ada tangkapan lagi membabitkan pergaduhan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen Transit Aliran Ringan...

Solidariti Palestin: Orang Ramai Digalak Guna LRT

Solidariti Palestin: Orang Ramai Digalak Guna LRT

04/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Orang ramai yang hendak menghadiri Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena Bukit Jalil malam ini, digalakkan menggunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd