• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Muslim Dihalau Di Pantai Sebab Pakai Tudung

oleh AK-47
24/08/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG ibu muda beragama Islam telah dihalau daripada bercanda di sebuah pantai awam di Cannes, Perancis hanya kerana dia bertudung.

Tiga anggota polis bersenjata menahannya kemudian mengacukan spray mata ke arah wanita berusia 34 tahun itu kerana melanggar undang-undang yang tidak membenarkan wanita memakai pakaian renang menutup keseluruhan badan dikenali sebagai burkini.

Wanita tersebut yang hanya dikenali sebagai Siam mendakwa pegawai polis itu bersifat perkauman dan sengaja mahu memalukannya di hadapan anak-anak dan ahli keluarga yang lain, walaupun dia sebenarnya langsung tidak mengenakan burkini.

“Saya langsung tidak berniat untuk mandi, cuma merendamkan kaki sahaja,” katanya yang hanya mengenakan seluar legging, baju-t dan tudung.

Menurut Siam dia tidak mengetahui peraturan terbaharu Cannes yang melarang penggunaan burkini di pantai.

Burkini bukan sahaja dipakai wanita Muslim sebaliknya turut dijadikan pilihan wanita bukan beragama Islam bagi melindungi kulit muka mereka daripada terkena pancaran sinaran matahari terik.

Atas kesalahan bertudung, Siam telah dikenakan denda £9 (RM48).

pantai1

“Hari ini wanita bertudung seperti saya tidak dibenarkan berada di pantai, esok, apa pula, kami tidak berada boleh berada di jalan raya? Entah-entah masa akan datang kami pun dilarang daripada mengamalkan ajaran Islam di sini”.

“Saya berada di negara yang mempunyai kebebasan hak asasi manusia, saya tak sangka perkara sebegini berlaku di Perancis,” katanya.

Datuk Bandar Cannes, David Lisnard, individu yang memperkenalkan larangan memakai burkini mempertahankan tindakan pegawai polis tersebut.

Dia berkata pemakaian yang mungkin berhubung kait dengan kumpulan pengganas disifatkan sebagai satu kesalahan memprovokasi orang awam. – MYNEWSHUB.CC

Tags: burkinipantaiPerancis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perancis Perkenal Hidangan €1 (RM4.60) Untuk Pelajar Universiti

Perancis Perkenal Hidangan €1 (RM4.60) Untuk Pelajar Universiti

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub PARIS – Kerajaan Perancis memperluaskan skim makanan universiti berharga hanya €1 (sekitar RM4.60) kepada semua pelajar universiti dalam...

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

06/07/2025
0

KUALA LUMPUR - Malaysia berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM4 bilion dan potensi eksport RM675 juta semasa misi perdagangan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd