• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Sedia Bincang Dengan Parti Yang Mahu Kerjasama

oleh Ahmad Albab
24/08/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – PAS sedia membuka ruang perbincangan dengan mana-mana parti yang ingin bekerjasama dengannya kecuali DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang disifatkannya sebagai pengkhianat kepada PAS.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tawaran perbincangan termasuk kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) yang dilaporkan sedang mengintai kerusi pembangkang untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menjelaskan pendirian PAS terhadap DAP dan Amanah, Mohd Amar berkata: “Pendirian ini jelas kerana DAP telah jelaskan sikapnya yang anti PAS dan terbaharu jawatankuasa pemudanya juga menyatakan kalau ingin berkawan dengan DAP jangan cakap pasal Islam.

“Mana boleh PAS sebagai parti Islam berbuat demikian…takkan kita nak korbankan perjuangan parti kita. Amanah pula sudah jelas adalah pengkhianat kepada parti (PAS)…kalau (parti) yang lain boleh dibincangkan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Istiadat Konvokesyen Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Ke-18 di Balai Islam, Lundang di sini, hari ini.

Konvokesyen itu dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Turut hadir Ketua Eksekutif KIAS Prof Dr Ab Aziz Mohd Zain.

Kenyataan Mohd Amar itu sebagai mengulas kenyataan Presiden penaja Pribumi Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berhasrat mengadakan rundingan pembahagian kerusi pembangkang, sebaik pendaftaran parti itu diluluskan Pendaftar Pertubuhan.

Mohd Amar berkata setakat ini tiada sebarang rundingan rasmi diadakan antara PAS dan Pribumi berhubung perkara berkenaan.

“Lagi pun perkara ini perlu dibincang di peringkat parti. Kita kena rujuk kepada jawatankuasa PAS pusat,” katanya.

Sementara itu, beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata kerajaan negeri sedia memberi kerjasama kepada kerajaan Persekutuan dalam menangani isu keselamatan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand.

“Kita akui sempadan negeri kita dan Thailand terlalu terbuka kerana jaraknya yang panjang dan tiada benteng. Walaupun ada kawalan, ruang untuk diceroboh itu terbuka,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini yang mengatakan sempadan Kelantan paling teruk dibolosi terutama untuk kegiatan penyeludupan dadah dan senjata api. – BERNAMA

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd