• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menyesal Tidak Sudah, Lidah Terputus Tengking Ibu

oleh AK-47
24/08/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENAR kata orang bahawa ada kesalahan yang dibayar cash atas segala tindakan yang dilakukan di dunia ini. Apatah lagi perbuatan meninggikan suara terhadap orang tua yang melahirkan dan membesarkan kita.

Kisah pilu ini dikongsikan seorang ustaz ketika menyampaikan ceramah agama bertajuk ‘Dosa berkata ah kepada ibu’ yang dihadiri oleh penulis laman eberita.org.

Kejadian itu berlaku apabila seorang anak perempuan enggan  menurut perintah ibunya selepas berjaya dan menerima balasan hingga terputus lidahnya dalam kemalangan.

Kisah ini bermula apabila si ibu yang sudah tua meminta untuk dihantar ke sebuah pasar dengan menaiki kereta baharu anaknya, namun ditolak atas alasan sibuk bekerja sehingga meninggikan suara kepada ibunya.

Setiap kali si ibu meminta tolong, si anak menjawab dengan nada yang memperlihatkan kekesalan.

Ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dengan keadaan masih marah terhadap ibunya sampai menggigit-gigit lidahnya, si anak tiba-tiba terlanggar bonggol dan terus merempuh sebuah kereta dari arah bertentangan.

Akibat daripada pelanggaran itu, si anak tergigit lidahnya sendiri ditambah dengan dagunya terhantuk pada stereng kereta hingga mengakibatkan lidahnya terputus.

Ketika dalam perjalanan ke sebuah hospital, si anak teringat kembali  kata-kata dan tengkingan yang sering dilontarkan kepada ibunya.

Kini, dia tidak mampu makan dan minum apatah lagi bercakap untuk  memohon maaf kepada ibunya. Yang ada hanyalah linangan air mata yang keluar dengan penuh rasa bersalah.

Apabila ibunya datang melihat keadaanya anaknya, hanya surat  dihulurkan sebagai cara meminta maat yang berbunyi; “sakit lidahku terputus tidak sesakit hatimu ibu, maafkan aku anakmu, saya berjanji akan membayar kesalahanku pada ibu. Wassalam anakmu.”

Si ibu kemudian terus memeluk anaknya dengan penuh kasih sayang. Semoga perkongsian kisah ini dapat memberi pengajaran kepada semua. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DerhakaIbukemalanganLIDAH
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd