• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Reman Pegawai Jabatan Kerajaan Di Melaka Disambung

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Reman terhadap seorang pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan di Melaka bergelar ‘Datuk’ bagi membantu siasatan kes rasuah yang tamat hari ini, disambung semula selama tiga hari.

Penolong Pegawai Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka Mohd Anuar Ostadi mengeluarkan perintah reman tersebut ke atas suspek lelaki yang berusia 56 tahun itu.

Mahkamah sebelum ini mengeluarkan arahan reman ke atas suspek bagi tempoh tujuh hari.

Siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana meminta rasuah.

Terdahulu suspek yang memakai kemeja-T berwarna jingga tertera ‘Lokap SPRM’ tiba di Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh di sini pada 9.10 pagi dibawa pegawai SPRM.

Suspek kemudian dibawa keluar dari kompleks itu kira-kira sejam kemudian selepas prosedur sambung reman itu selesai.

Sebelum ini media melaporkan tiga penjawat awam – dua daripadanya masing-masing bergelar ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ – ditahan SPRM di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa serta pengubahan wang haram. – BERNAMA

Tags: rasuahreman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Majistret Benarkan Reman Tamim Dahri, Abang Dua Hari Sahaja – Aidil Khalid

Majistret Benarkan Reman Tamim Dahri, Abang Dua Hari Sahaja – Aidil Khalid

12/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Majistret hanya membenarkan perintah reman selama dua hari terhadap Tamim Dahri dan abangnya, Talhah walaupun pegawai penyiasat...

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd