• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Klip Hina Islam: Namewee Ditahan Di KLIA

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI rap kontroversi, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 33, ditahan Polis sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang tadi, berhubung klip video yang didakwa menghina Islam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata, Namewee ditahan kira-kira jam 3.30 petang, sejam selepas dia tiba dari Taiwan.

“Dia ditahan dan akan dibawa ke Pulau Pinang bagi membantu siasatan selepas pelbagai pihak membuat laporan polis berhubung klip video yang dilakukan di Masjid Terapung, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

“Siasatan ke atasnya dilakukan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencemarkan tempat sembahyang dengan niat mengaibkan agama mana-mana penganut,” katanya dalam laporan disiarkan Berita Harian.

Baru-baru ini sebuah klip video berdurasi 4.05 minit memaparkan empat lelaki menyanyi dalam bahasa Mandarin menjadi viral dan menimbulkan kemarahan orang ramai kerana mempunyai unsur menghina dan memperolokkan pelbagai agama termasuk Islam.

Ekoran itu, pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan klip video berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Hina AgamaKLIANameweepolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Shuhaily: Dua Individu Tiba-Tiba Muncul Rakam Penguatkuasaan AKPS Di KLIA

Penjelasan Shuhaily: Dua Individu Tiba-Tiba Muncul Rakam Penguatkuasaan AKPS Di KLIA

01/10/2026
0

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menjelaskan dua individu...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd