KUALA LUMPUR – Gara-gara terlalu taksub politik, pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) sanggup mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan ke atas seorang penjawat awam.
Penghinaan ke ats Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad itu dilemparkan oleh Setiausaha Organisasi PAN, Suhaizan Kayat.
Beliau mencerca Dzulkifli hanya kerana Ketua Pesuruhjaya itu menyeru supaya anggota SPRM bersikap mesra rakyat dan bertegas dengan perasuah.
“Pegawai-pegawai yang baik kau buang. Lepas tu nak digeruni. Bapak perasuah yang lantik kau. Lepas tu nak dihormati.
“Cakap dengan dinding bolehlah,” katanya penuh biadap menerusi akaun Facebook beliau semalam.
Dzulkifli semalam menjelaskan beliau mahu SPRM menjadi suruhanjaya yang mesra rakyat tetapi digeruni perasuah.
Beliau berkata demikian dalam lawatan kerja pertamanya ke Pulau Pinang, selepas dilantik sebagai ketua pesuruhjaya berkuat kuasa 1 Ogos lalu.
Dzulkifli dipetik berkata, pintu pejabatnya sentiasa terbuka untuk rakyat yang mempunyai masalah atau aduan berkaitan rasuah.
Beliau selepas dilantik pernah menggesa pelaku rasuah untuk tampil ‘menyerah diri’ atau berhadapan tindakan tegas SPRM.
Beberapa hari kemudian SPRM bertindak menahan tiga penjawat awam termasuk seorang bergelar Datuk dan seorang lagi Datuk Seri kerana disyaki terlibat dalam rasuah. – MYNEWSHUB.CC

