• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Bukan Islam Tidak Terlibat Daesh Di Malaysia

oleh Ahmad Albab
21/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiada penglibatan masyarakat bukan Islam di negara ini dalam kumpulan pengganas Daesh.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata setakat ini masih belum ada penglibatan bukan Islam dalam kumpulan militan, walaupun ada segelintir masyarakat bukan Islam di luar negara yang terlibat dalam kegiatan kumpulan itu.

“Di negara asing memang ada cubaan hendak menarik orang bukan Islam menyertai Daesh, tetapi setakat ini di Malaysia tiada anasir sedemikian.

“Sebagai contoh, sudah ada orang bukan Islam di beberapa negara luar menyertai Daesh iaitu di Selatan Korea, Jepun dan Eropah,” katanya kepada Bernama.

Ayob Khan berkata hal ini terjadi berikutan mereka ini telah kehilangan identiti diri.

“Malangnya, apabila mereka mula terdedah dengan Daesh yang kononnya ia sebuah negara Islam yang sebenar, maka golongan ini akan tertarik dan menganggapnya sebagai sesuatu yang dicari selama ini.

“Ini menyebabkan mereka yang tidak mempunyai identiti diri dan pegangan agama akan lebih mudah terpengaruh dengan Daesh,” kata Ayob Khan.

Menurut beliau tindakan Daesh ini menyebabkan orang bukan Islam di negara barat mempunyai stigma dengan mengaitkan masyarakat Islam dengan setiap serangan pengganas di seluruh dunia.

“Mereka ini (anggota Daesh) mengeksploitasi Islam dan tindakan ini menyebabkan nama Islam tercemar secara tidak langsung di seluruh dunia.

Ayob Khan berkata dalam menangani perkara ini, pihaknya sentiasa memantau penyebaran ideologi Daesh dari semasa ke semasa bagi mengelakkan ia memasuki negara ini.

Sementara itu, Presiden Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) Dr Zamihan Mat Zin turut bersetuju dengan perkara yang diutarakan Ayob Khan.

“Ya, di luar negara sana terdapat beberapa kes di mana orang bukan Islam yang tidak mempunyai identiti diri atau tercari-cari agama berpotensi tinggi untuk menyertainya kerana mereka tidak mempunyai agama (ateis).

“Jika mereka (orang bukan Islam) terpengaruh dengan Daesh, mereka akan melihat bahawa Daesh ini merupakan sebuah ‘kerajaan Islam’ yang sebenar di mana menghalalkan tindakan membunuh, sebaliknya ia bukan dan terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar,” katanya. – BERNAMA

Tags: Daeshpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd