• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kekuatan UMNO Besut Perlu Dijadikan Contoh & Inspirasi

oleh Ahmad Albab
20/08/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Kejayaan UMNO Bahagian Besut yang merekodkan pencapaian cemerlang dalam pilihan raya umum lalu perlu dijadikan contoh dan inspirasi untuk UMNO di bahagian lain bangkit semula menebus kekalahan lalu.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata perpaduan, keikhlasan dan kesatuan hati UMNO bahagian tersebut berjaya menjadikan mereka sebagai benteng terakhir yang memberi sumbangan besar kepada UMNO Terengganu untuk terus kekal menerajui negeri ini.

“Saya ucap tahniah dan syabas kepada UMNO Bahagian Besut kerana kalau dahulunya saya yang mewakili UMNO Bahagian Kemaman selalu anggap Kemaman itu sebagai benteng kekuatan UMNO di Terengganu.

“Sewaktu gelombang PAS turun dari Kelantan, kita merasakan kalau tumbang Terengganu, tumbanglah negeri-negeri yang lain dan benteng yang terakhir ialah Kemaman kerana rekod yang tak pernah kalah kecuali pada 1999 dan ia kembali kuat apabila Datuk Idris (Datuk Seri Idris Jusoh) kembali menerajui kepimpinan UMNO Terengganu.

“Kemudiannya pada pilihan raya yang lalu, daripada lima kerusi yang ditandingi, empat DUN dan satu Parlimen, kita (Kemaman) kecundang satu, maka saya sebutkan bahawa benteng yang patut kita banggakan ialah Besut dan Setiu (kerana menang di kelima-lima kerusi).

“Ia bukannya kerja yang mudah, tapi memerlukan gerak kerja, kesungguhan, iltizam, semangat dan kerja berpasukan yang kuat…inilah lambang kekuatan sebenar UMNO yang patut dibanggakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Besut kali ke-29 di sini hari ini.

Turut hadir Anggota Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO Malaysia; Ketua Umno Bahagian Besut, Nawi Mohammad; Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Datuk Muhammad Pehimi Yusof; ADUN Kota Putera, Mohd Mahdi Musa dan ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Ahmad Shabery yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata UMNO perlu memikirkan kaedah-kaedah serta pendekatan baharu untuk memastikan parti itu kekal relevan di negara ini.

“Seperti mana kejayaan-kejayaan yang dilakarkan oleh atlet negara di Sukan Olimpik ketika ini, banyak pendekatan dan strategi baharu yang digunakan untuk memenangi perlawanan, begitu jugalah yang perlu dilakukan oleh UMNO.

“Sebab itu saya ucapkan terima kasih atas semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan rakan-rakan di Besut cukup menginspirasikan kita, gandingan kesemua mereka yang sentiasa bersatu-padu perlu dicontohi UMNO Bahagian lain dan seterusnya menjadi benteng kekuatan UMNO di Terengganu pada masa akan datang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad ShaberyUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd