• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Doktor Jadikan Patung Seks Sebagai Isteri

oleh Ahmad Albab
20/08/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS kematian isterinya akibat kanser pankreas pada Ogos tahun lepas, hidup seorang warga emas, Zhang Wenliang, 70, menjadi tidak keruan, apatah lagi sepanjang 40 tahun perkahwinan dengan isterinya itu, mereka tidak mempunyai anak.

Bagi mengatasi kesunyiannya, Zhang, yang merupakan bekas doktor dan berasal dari Chongzhou, China itu, telah membeli patung seks berharga £1,833 bagi menggantikan isterinya.

“Saya membantu orang ramai dalam merawat penyakit mereka tetapi saya tidak boleh berbuat apa-apa dengan isteri saya,’’ katanya.

Bekas Doktor Jadikan Patung Seks Sebagai Isteri

Selepas sebulan kematian isterinya, Zhang membeli patung terbabit yang boleh menghasilkan bunyi manakala suhunya boleh dikawal.

“Saya tidak membawanya keluar. Saya mahu hidup di rumah dengannya dan merenungnya setiap hari. Ini adalah isteri saya,’’ katanya yang turut memakaikan pakaian isterinya pada patung terbabit.

Jelasnya, patung itu bukan semata-mata memenuhi keperluan fizikalnya tetapi turut memberikan kegembiraan kepadanya ketika dia merindui isterinya.

Selepas membeli patung itu, Zhang telah memencilkan diri daripada masyarakat kerana bimbang kesan negatif terhadap imej dan reputasinya sebagai bekas doktor.

Malah jika rakan-rakannya mahu mengunjungi Zhang, dia meminta mereka memberikan notis lebih awal agar dia dapat menyembunyikan patung seks berkenaan.

Namun selepas enam bulan digunakan, anak patung itu mengalami kerosakan dan Zhang kini bercadang untuk menyaman pengilangnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: doktorpatung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub  PEKAN – Perjalanan pulang bertukar tragedi apabila seorang doktor bersama anak perempuannya yang baru berusia dua tahun antara...

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Beban kerja yang tinggi serta waktu kerja yang panjang dikenal pasti antara sebab utama doktor dan pakar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd