• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juara Komanwel Tze Liang Gagal Ke Separuh Akhir

oleh Ahmad Albab
20/08/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIO DE JANEIRO – Juara Sukan Komanwel, Ooi Tze Liang gagal layak ke separuh akhir acara 10m platform lelaki pada Olimpik Rio pada Jumaat.

Namun penerjun elit berusia 22 tahun ini yang menjalani pembedahan tulang kering kaki kiri pada November tahun lepas tidak sedih selepas menduduki tempat ke-22 dengan 379.50 mata.

“Saya datang dengan persediaan mental untuk menikmati olimpik,” katanya yang merupakan satu-satu penerjun negara yang gagal layak ke Olimpik London 2012.

Hanya 18 daripada 28 penerjun layak ke separuh akhir esok pada 10 pagi waktu tempatan (7 malam waktu M’sia) dan 12 penerjun yang bakal ke pusingan akhir enam jam kemudian.

Walaupun tidak mencapai kejayaan, beliau berkata beliau berpuas hati dan gembira dapat bertanding di pentas besar.

“Saya tidak lakukan latihan sempurna selama enam bulan selepas pembedahan dan saya juga gagal mendapat kelulusan perubatan untuk bertanding pada kejohanan piala dunia FINA di venue yang sama di Pusat Akuatik Maria Lenk pada Februari lalu,” kata Tze Liang.

Penerjun Britain, Thomas Daley di kedudukan teratas dalam pusingan awal dengan 571.85 mata diikuti dua penerjun China – Qui Bo (654.74) dan 545.35 mata oleh Chen Aisen.

Selain Tze Liang, seorang lagi penerjun negara Ahmad Amsyar Azman turut gagal melepasi pusingan awal dalam acara 3m papan anjal.

Acara terjun memberi pingat pertama negara iaitu perak menerusi Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong dalam acara 10m platform serentak.

Malaysia setakat ini memungut tiga perak dan satu gangsa daripada atlet berbasikal Azizulhasni Awang.

Dua lagi perak diperoleh dalam acara badminton daripada beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan pasangan beregu lelaki Goh V Shem-Tan Wee Kiong. – BERNAMA

Tags: atletsukan olimpik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

20/09/2022
0

DUA atlet Terengganu yang gagal dalam ujian doping sebelum ini berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan ketika menjalani latihan pusat di Cameron...

Johor Giat Pencarian Atlet Pelapis Sukma 2024

20/04/2022
0

JOHOR BAHRU : Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) kini sedang rancak melakukan persiapan khususnya melibatkan aspek pencarian atlet dan bakat-bakat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd