• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dzulkifli Mahu SPRM Mesra Rakyat, Digeruni Perasuah

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad mahu SPRM menjadi suruhanjaya yang mesra rakyat tetapi digeruni perasuah.

Dalam lawatan kerja pertamanya ke Pulau Pinang, selepas dilantik sebagai ketua pesuruhjaya berkuat kuasa 1 Ogos lepas, beliau berkata pintu pejabatnya sentiasa terbuka untuk rakyat yang mempunyai masalah atau aduan berkaitan rasuah.

“Saya telah nyatakan kepada pegawai-pegawai saya bahawa isu rasuah adalah isu rakyat. SPRM perlu dirasai bersama. SPRM mesti mesra dengan rakyat tetapi perlu juga digeruni.

“Dengan rakyat kita mesra, kita bersama rakyat membela rakyat, tetapi dengan perasuah kita peranginya habis habisan,” katanya ketika berucap pada majlis Merakyatkan SPRM di Masjid Al-Jamiul Badawi di sini, malam ini.

Turut hadir Pengarah SPRM Pulau Pinang yang baharu Datuk Abdul Aziz Aban.

Pada majlis itu, Dzulkifli turut mengimamkan solat Maghrib dan Isyak selain menyertai majlis tahlil.

Dzulkifli berkata beliau mengharapkan doa semua pihak agar diberikan kekuatan dan hidayah bagi membuat keputusan yang betul dalam melaksanakan tugasnya.

“Saya mahu mengangkat SPRM ke tahap yang dapat melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh negara. Saya mohon sangat-sangat tuan-tuan dan puan-puan bersama saya mendoakan saya dan rakan-rakan saya, pegawai-pegawai saya dalam melaksanakan amanah ini,” katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata beliau akan meneruskan kecemerlangan pencapaian SPRM Pulau Pinang dengan memberi tumpuan kepada agensi penguatkuasaan, kawal selia, pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan.

Katanya beliau akan memastikan Pulau Pinang dan SPRM keseluruhannya terus mendapat keyakinan rakyat dengan memperbanyak inisiatif mendekati rakyat.

Abdul Aziz, yang sebelum ini merupakan Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya, menggantikan Datuk M.Samarajoo yang bersara wajib pada 21 Ogos ini. – BERNAMA

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd